Wednesday, May 4, 2016
My inspired lecturer
Thursday, August 14, 2014
Pelik
Monday, June 24, 2013
Psssst: Rahsia
Wednesday, September 5, 2012
Bebaskan..
wahai hati..
biarlah dunia hanya dalam gengaman tanganmu..bukan dihatimu..
penjara hati
Tidak Mudah Meniti
Monday, May 21, 2012
Kesenjangan di antara suasana
Monday, April 23, 2012
Serial Cinta dari dia..
Originality dari: PAK ANIS MATTA
Bahagia dan membahagiakan
Bahagia
Bahagia itu ada disini.. dihati kita..bahagia itu tidak terletak pada harta, tidak juga pada rupa, jauh sekali pada gelak tawa semata. Bahagia itu ada dalam diri kita. Sejuah mana kita redha dan mensyukuri nikmatNya..itulah ukuran kebahagiaan kita.
Bahagia itu juga sejauh mana kita bisa membahagiakan diri kita.. orang yang tidak bahagia tidak mungkin dapat membahagiakan orang lain “ faqqidu syai la yukhthi..” ‘yang tiada sesuatu tidak mungkin dapat memberi..” Andai masih lagi diberi kesempatan.. alangkah indahnya jika kita belajar untuk menjadi insan bahagia agar kita bisa membahagiakan mereka sekeliling kita..
Dan sesungguhnyya bahagia itu bisa tergambar dalam riak senyuman kita.. dan senyuman manis itu bisa menjadi penuh barakah pembuka pintu hidayah buat insan yang melihatnya..
Sunday, January 8, 2012
Kan ada pelangi petang? (^_^)
Now.. being a teacher also not easy one..hurm ..setiap kerja ada cabarannya tersendiri. Dua-dua penat..kepenatan yang berbeza. But, once you enjoy the work..kepenatan come later..Satisfaction first.
So, moral of the story..Don’t afraid to face your life. Kadang-kadang kita rasa amat takut untuk hadapi sesuatu yang berhadapan dengan diri kita kerana mungkin “sesuatu” itu adalah sesuatu yang tidak diduga dalam hidup kita. Tetapi, percayalah..Allah tidak akan pernah silap dalam menentukan takdir kehidupan kita..tidak akan pernah walau sekali Allah akan menzalimi hamba-hambaNya. Kasih dan Cinta Allah kepada hambaNya melebihi murkaNya. Bukankah Allah itu lebih sayang kepada kita lebih dari kedua ibubapa kita menyanyangi kita. Seandainya kita dapat merasai kasih dan cinta kedua ibubapa kita..seharusnya lah kita dapat merasai kasih dan sayang Allah lebih dari itu..
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa berbahagia dalam menelusuri perjalanan kehidupan ini..
p/s: kadang-kadang bahagia akan datang selepas kesakitan dan kepahitan yang telah ditelan seperti sang pelangi yang datang selepas hujan.
Tuesday, December 20, 2011
Dengan rahmatNYa..
“ dan apa-apa nikmat yang ada pada dirimu adalah semuanya dari Allah..”
Dia hanya pinjamkan nikmat itu kepada hamba-hambaNya..agar…”…liyab lu wakum ahsanu ‘amala.. supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” (67:2)
Satu demi satu Dia titipkan tarbiah buat diriku..dalam wajah duka..dalam wajah kesakitan dan kecewa ..juga dalam wajah gembira..namun, di setiap babak kehidupan itu sungguh ku merasakan kasih dan cintaNya menyelubungi setiap denyut nadi dan setiap hembusan nafasku..
Biarlah keadaan ku kini menjadi peringatan terbaik buat diriku..betapa siapalah diriku tanpaNya dan tanpa tarbiah Islam..
Ya Allah.. biarlah relung hati ini dipenuhi dengan cintaMu agar ku tidak lagi menagih cinta yang fana…yang membutakan segala..yang melalaikan segala..kerana dengan hanya cinta padaMu sahaja bisa menyelamatkan segala..di sini dan juga di sana
Tuesday, May 17, 2011
Selamat Hari Guru
(Pernah kena rendam dalam kolam ikan yang pekat kehijauan kerana tidak lipat tudung, tidak pakai lencana. pernah kena denda kena berdiri dalam kelas sebab tak dapat jawab soalan and tak siap kerja sekolah, pernah juga ponteng kelas sebab tak suka cikgu tu, pernah masuk kelas lambat gara-gara beratur panjang nak makan mee sup kegemaran, pernah ponteng assembly sebab takut kena sport check, sentiasa buat bising masa assembly, pernah tarik muka dekat ustazah, pernah fly sewaktu di asrama- biar apa pun yang saya buat.. mereka tidak pernah berhenti mendididk dan mengajar saya sehingga saya menjadi diri saya hari ini.. jazakallah.. Hanya Allah yang mampu membalasnya.)
Yang manis Sentiasa..
- Saya sangat suka subject Nahu Soraf, sebab saya suka kat ustaz yang mengajar.Dia selalu puji saya. kesannya, saya hafal semua yang di ajar dari kulit ke kulit buku. Sehingga saya menjadi almost pelajar kesanyangan ustaz (huu..jauhkan saya dari riak)
- Sehingga sekarang saya sering teringat dekat ustaz tafsir saya semasa di MMP. Waktu kelas dia saya sentiasa tidur (angguk sentiasa).. tetapi, sehingga kini, tafsir al-mulk yang uztas ajar melekat dalam hati saya. sehingga setiap kadang-kadang setiap patah ayat yang saya baca, saya teringat olahan ayat dari ustaz. (Saya tidak tahu ustaz masih ada lagi atau tidak, tapi, sungguh semoga ustaz mendapat ganjaran dari Allah).
-kelas fizik yang always buat saya pening lalat.. cikgu-cikgu.. layan je..
-kelas tarikh islam: sangat suka, saya suka ustazah...saya kenal dan tahu dinasti muawiyah dan abasiyah
-kelas add math: pernah cikgu Hariza bagi telor ayam pada saya..huuu pedas!
-Buat cikgu Zabiah, cikgu pertama yang menyentuh nubari kecil saya tatkala saya di sekolah rendah.. You almost my sun..
-class-class favourite untuk tidur; BM, syariah islamiah, Qs sunnah, Tafsir, Fizik..almost.. (sometimes, stupor..)
- Tp, bestnya..dalam kenalan saya (tak nakal mana kot), saya masih dikenali sebagai pelajar skema bagi sesetengah mereka yang lebih nakal dari saya..hee...
THANKS FOR EVERYTHINGS!!
Special tribute to My mum and my Dad who are the first teacher in Life..
Dreaming to be a teacher.. (^_^)
Sunday, May 1, 2011
Mencintai dia..
“Ya Rasulullah, aku mencintaimu..” Lafaz umar
Rasulullah bertanya; “seperti apa kamu mencintaiku?” Rasulullah ingin kepastian.
“Seperti ku mencintai diriku..” Umar berkata jujur.
“Tidak hai umar..engkau di katakan mukmin jika engkau mencintai ku lebih dari dirimu..” jelas Rasulullah.
“Kalau begitu ku mencintaimu lebih dari diriku..” Sambut Umar pantas.
“ Ya, begitulah baru benar..” Kata Rasulullah saw.
Rasulullah mengajarkan para sahabat untuk mencintai nya lebih dari diri mereka sendiri..sebagai pembuktian shahadah..
Justeru, kita bagaimana?
Pepatah arab: "setiap orang menjadi hamba terhadap apa yang dicintainya.."
Saturday, April 30, 2011
Kisah terindah di sini
Ya Allah..honestly, lots of things here..lots of story, lots of miracle, lots of love here..i love them soo much!!..sometimes they made me cry, they made me stress, but always made me smile.. from them I learn a lots..i know my self, never perfect..but what I see..we appreciate each other..because of one aim: which is ALLAH and ISLAM..
walau dalam ketidaksempurnaan setiap orang berusaha menjadi yang terbaik..dalam mendidik, dalam mencinta, dalam bekerja, dalam menunaikan cita…kita belajar “merasa”..tidak hanya pada lahir semata, tetapi yang hanya dirasai hati semata..pengukurnya adalah iman di dada..
Sering kali juga melakukan kesilapan..tidak sedikit. Kekadang kesilapan itu memakan diri, mengguris hati orang lain apatahlagi orang yang disayangi..rasa kecewa sering terasa. Mengharap akan sesuatu yang tidak pernah tiba..tetapi itulah sebuah memori bersama
sungguh..
tarbiah banyak mendidik diri..mengenal diri, belajar memahami..biarpun air mata sebagai saksi sebuah kematangan dan senyuman sebagai sebuah harga penghargaan..ia adalah saat terindah bersama..
pasti tidak lupa bukan, “kisah siput..”..ya, siput atas batu.. dalam sebuah bilik saat menyambut hari kelahiranku..sungguh ia amat berharga..
juga kisah kita di suatu malam..dalam harap ingin menjaga ukhuwah, bergadang mata berusrah bersama biar jam 3/4pagi.
Tentu tidak lupa bagaimana kita mencari rumah untuk disewa bersama..berbulan-bulan lamanya..lalu Allah makbulkan doa kita. Dapat juga kita bersama hampir 3-5 bulan…biarpun tidak cukup kenderaan untuk ulang alik ke kampus..tetapi itu bukanlah halangan..ingatkan kita masak bersama , potong buah bersama untuk jadikan jualan sehingga ada yang malu mahu letakkannya di kelas kerana terlambat..
Malah Meeting kita sering sehingga jam 1 pagi malah sehingga ada yang tertidur..
Setiap dari kita ada ciri-cirinya, ada kisahnya..ada yang suka berlakon, ada yang berpuitis, ada yang sering digelar “hensem” , ada yang sering menjadi pendengar setia, ada yang sering jadi komandan yang baik, ada yang sering mengingatkan, ada yang pendiam tetapi kehangatan ukhuwah tetap terasa, ada yang sering senyum..sungguh antunna amat bermakna dalam hidupku..
Lebuh raya kuantan kuala lumpur menjadi saksi kisah pentarbiahan kita..ku tahu, setiap dari kita penuh dengan halangan saat ingin menunaikan tuntutan tarbiah..tetapi, ia bukanlah alas an..semuanya kerana cinta dan iman.
Saat mula membawa adik-adik..hati ketakutan, ketidakayakinan pada diri..tetapi, andai bukan diri, siapa lagi? Jika tidak “pede”..masakan dapat berbuat.. Ya, kalian adalah penguat jiwaku.. saatku jatuh kelemahan, sapaan kalian, senyuman kalian menguat kembali..apa sahaja yang kalian lakukan reflex pada imanku..
ku tahu, terlalu banyak hak-hak kalian yang tidak sempat ku tunaikan..mungkin kerana kelalaianku, kerana kelemahanku, kerana ketidak sungguhanku..berdosanya ku pada kalian dan Allah.. “Ampunkan ku Ya Allah..”
sungguh, ku terlalu “terhutang” pada kalian..sehingga saat kita pernah dipisahkan (Saat ku posting, tidak bersama kalian sebulan)..sungguh, kalian hadir dalam mimpiku, jaga dan sedar.. sunguuh, ku rindu pada kalian…Hampir 3 tahun kita bersama..masih ingat bukan siapa yang sering datang lambat sewaktu halaqah..sering tertidur sewaktu penyampaian..tidak kurang yang tidak membuat kerja rumah yang diberikan..sering bertanya dengan pelbagai pertanyaan..tentu masih ingat waktu kita MK bersama, jungle trekking bersama, Curhat bersama-sama di rumah A****..makan bersama-sama di warung Aziz Satar..waktu kereta pecah tayar sewaktu pulang dari KL..waktu berasak-asak naik kereta ke program.. sewaktu kita ke INA bersama-sama..sewaktu mengajarku “driving”..sewaktu kita makan setalam dan dirikulah pengutip lada-lada dari talam..sewaktu ifthar, sewaktu ku sering pinta pejamkan mata sewaktu halaqah, sewaktu kisah sahabat menjadi pamitan, sewaktu kita qiam diM3 dalam kesejukan.. sewaktu membaca mathsurat dalam separa sedar..sewaktu kita sama-sama buat senaman ruhul jadid..sewaktu antunna buat persembahan puppet show kisah ashabul kahfi..ketahuilah..waktu itulah hati-hati kita diddik..diikat..dan dijalin..hanya ALLAH lah yang menemukan kita dan Dia jugalah yang menyatukan hati-hati kita
jazakillah buat kalian..kisah ini cukup bermakna dalam perjalanan hidupku sebagai seorang hamba..pergiku hanya meneruskan tuntutan sebuah kehidupan. Sunnatullah yang telah ditetapkan..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..setiap kita ada tuntutan yang perlu ditunaikan.Biarpun di mana kita, siapa kita..yakinlah DIA ada bersama..betapapun susah, betapa perit pun, betapa payah sekalipun..betapa gembiranya kita..DIA lah yang paling mengetahui segala.. justeru, janganpernah berasa sedih, janganpernah merasa hina, janganpernah merasa takut.. “wala tahinu wala tahzanu, wa antumul a’lau na inkuntum mukminin”… sedetik pun DIA tidak pernah memalingkan wajahNya dari kita..justeru,sama-samalah kita berlari padaNya..agar, sekali lagi kita dipertemukan di sana.. sebuah kisah cinta di negeri abadi kan terlaksana..kerana kita juga memiliki cita-cita yang sama..InsyaAllah, setiap dari kita berusaha untuk melihat cita-cita itu menjadi reality..selamat berjuang sauadaraku..Ameen..
Allahu akbar!!
“kita hidup adalah untuk mati..”
Semoga kita mati dalam husnul khatimah…
“TARBIAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA, TETAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DARI TARBIAH..”
“Perjuangan tidak pernah selesai..”
Thursday, December 23, 2010
Buat mereka yang ku cintai..
Hatiku mengucup kerinduan..
Rasanya lama sungguh ku tidak menatap wajahmu..
Merasai masakanmu, merebah kepala di bahumu
Ayah..
Lama sungguh ku tidak melihat senyuman mahalmu
Menemanimu dan menyediakan air untukmu..
Tatkala perasaan rindu menjengah..
Hanya padaNya ku mengadu
Bukan ku tidak mahu pulang..
Mahu sahaja ku terbang untuk memeluk kalian
Tetapi, ku tidak bisa..
Disini perlukan ku..
Di atas janjiku padaNya..
Mama..ayah..
Hanya untaian doa dan cinta ku hantarkan..
Sebagai penyegar cinta yang tidak pernah suram
Ku yakin, cinta Kalian tidak akan pernah suram
Kerana Dia sentiasa membekaliku rasa cinta ini
Kerana Dialah pemilik cinta itu..
Kerana Dia juga lebih mencintai melebihi cinta mama dan ayah padaku..
Mama..ayah..
Apa yang kulakarkan moga
Menjadi sebab bertemunya kita di SyurgaNya nanti.
ameen..
Huuu: windu juga dekat Ebdorrahman, jebok, kakak, babit...(mood homesick =(....)
"Ya Allah aku berlindung dari mu dari jiwa yang lemah untuk menyampai kebenaran, dan dari hati yang bungkam untuk mencegah kejahatan."
"Mencari redha Allah.."
Thursday, October 7, 2010
Sms yang bermakna
kesunyian itu terubat dengan pujukan dan layanan abang..
Dan sehingga hari ini..adik tahu abang sentiasa doakan adik..
Ya, sms yang abang hantar adik simpan sehingga hari ini, kerana bagi adik sms itu benar-benar bermakna dan terkesan di hati adik..jazakallah abang..
“Assalamualaikum. Pada adik yang tersayang, abang merintih sakit selama 2 tahun di Mesir tiada saudara yang ada selain hanya Allah dan Rasul. Katakanlah tidak akan menimpa kami kecuali apa yang telah disuratkan Allah bagi kami, Dialah penjaga urusan kami. Adik kuatkan semangat ..la takhaf wala tahzan innallaha maa’na. Ingatlah bersabar sesaat dalam kesakitan lebih baik dari ibadat setahun. Ingatlah nabi Ayub dan redhanya terhadap ujian Allah. Mengenai hal dunia semakin adik memikirkan semakin adik resah dan dalam keresahan inilah syaitan akan mencucuk jarumnya. Bukankah mengingati Allah itu menenangkan jiwa. Bila jiwa tenang, bukankah sudah bertambah iman. Pada Allah sebaik tempat mengadu dan padaNya lah kembali segala urusan….”
“Syukur ya Allah kerana Engkau menganugrahkan dia dalam kehidupanku…tetapkanlah ya Allah memberinya cintaMU..temukanlah kami disyurgaMu suatu masa nanti..ameen..”
Saturday, September 18, 2010
Perginya seorang Murobbi..
Dia merupakan seorang yang gigih menyemai "cinta" dalam relung-relung jiwa..saya yakin, biarpun dia pergi menunaikan janji pada NYA, cahaya "cinta" yang yang pernah ditanamnya akan tetap subur bercambah dan pemergiannya akan menjadi sumbu api semangat sebuah perjuangan..
Semoga Allah meletakkan beliau bersama orang-orang yang solleh..ameen
baca seterusnya..
al-faithah
onesaiful
kehilangan isteri
Dedikasi utk Uztaz Dahlan
Perginya seorang pejuang
"Sejarah adalah catatan keajaiban. Tetapi, cinta adalah rahsianya.." (Anis Matta)
Sunday, May 9, 2010
Wednesday, April 8, 2009
Bagaimana hakikat cinta?
Ana ingin berkongsi kisah...
Agaknya bagaimanakah sebenarnya erti cinta yang kita faham....
Sudah lama tsauban, seorang pembantu Rasulullah tidak melihat kelibat baginda. Dia begitu merindui Rasulullah. Tatkala melihat Rasulullah terus dia menangis lalu berkata “ Wahai Rasulullah, aku sungguh merindui mu”. Melihat keadaan tasuban yang menangis itu, Rasullah berkata. “hanyakah kerana itu kamu menangis wahai tsauban?” Tasuban menjawab “tidak Wahai rasulullah, aku memikirkan bahawa tempat kau diakhirat nanti adalah tempat yang indah disyurga sedangkan aku belum tentu tempatnya..” Lalu Rasullah majawab “wahai tsauban, sesungguhnya diakhirat nanti, seseorang itu akan dikumpulkan bersama dengan orang yang dicintainya…”
Subhanallah..begitu indah ayat-ayat pujukan rasullah itu. Menyentuh dan menusuk ke hulu hati bahawa seseorang itu akan dikumpulkan bersama dengan orang yang dicintainya. Itulah hakikat cinta yang diajar oleh Rasulullah.Kita bagaimana? Adakah sampai begitu hakikat cinta kita?Mahu bersama Rasulullah?..first,kenalah mencintainya dahulu…bagaimana??? Berimanlah padanya…
kita pula bagaimana??












