Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Welcoming 2012?

Selepas solat maghrib di Masjid UIA, entah kenapa hati mahu sahaja terus berada disitu..mencapai Al-Quraan dan mula membelek helaiannya.  kedegaran dari corong pembesar suara, seseorang sedang bercakap bahasa arab.. Tazkirah agaknya..meneruskan niat di hati mahu membaca Al-Quraan sementara menanti isya'. Namun, entah kenapa hati benar-benar tertarik mahu mendengar tazkirah itu.. cuba memahami setiap perkataan yang dilantunkan. walau tidak faham sepenuhnya, saya dapat menangkap sedikit sebanyak ia berkisar tentang "bersyukur"..

Ya, bersyukur kerana Allah menjadikan kita manusia, bersyukur kerana Allah memilih kita menjadi muslimin yang sujud padanya..bukan menjadi mereka-mereka yang sujud pada berhala, binatang-binatang, atau nafsu..syukur kerana kita dipilih untuk beriman kepadaNya..Ya, Allah..terkesan sekali pada hati..

Ya Allah betapa lemahnya manusia..saat Allah menguji dengan mengambil salah satu nikmat yang pernah Dia berikan kepada HambaNya sebagai tanda cintaNya ..Namun, sebenarnya, masih terlalu banyak lagi nikmat yang masih diberi,.. tetapi, kehilangan yang satu itulah yang ditangisi.. Ya Allah betapa lemahnya manusia menilai cinta dan kebesaranMu..ampunkan hamba-hambaMu kerana kefakiran dan kedangkalan kami..

2012 yang di nanti-nanti adalah saat, masa dan kesempatan yang diberiNya..tiada siapa tahu 2012 adalah tahun terakhir dalam hidupnya..atau mungkin antara lembaran-lembaran amal yang akan dipersembahkan nanti..semoga insan-insan yang memahami mampu memanfaatkan setiap kesempatan ini untuk bercucuk tanam dengan amal yang bisa di tuai di akhirat nanti..

Semoga mendatangnya esok hari..ia menjadi hari-hari yang lebih baik dari kehidupan kita yang semalam..yang bisa  menjadikan kita antara hamba-hambaNya bersyukur..



"Sebenarnya tidak perlu percikan bunga api, konsert , kiraan detik menjelang 12 malam hanya sekadar membazirkan masa dan wang ringgit. adalah lebih molek dan elok sekiranya kita muhasabah diri sepanjang tahun 2011 yang lalu apakah yang telah kita lakukan...adakah kita telah adil membahagikan peruntukan masa yang dipinjam oleh Allah swt selama 365 hari itu dipenuhi dengan amalan yang menjamin kita di akhirat kelak. Cuba renung-renungkan....Semoga 2012 mampu menjadikan kita hamba Allah yang mensyukuri nikmat yang dianugerahkan...." (Cikgu Munasir, 2012)

Friday, December 2, 2011

Di sebalik peristiwa HIJRAH

Alhamdulillah..masih lagi dipelihara dan dipanjangkan umur oleh Allah untuk hidup hingga saat ini. Ya, menginjak tahun 1433H. SALAM MA’AL HIJRAH.



Pastinya, tidak ramai yang menyedari akan tahun baru islam sekiranya tiada curi am diberikan..( ye ke?) Kerana, kehidupan kita banyak berorientasikan calendar barat. Tahun Matahari. Apa pun, tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan buat kita sekiranya kita seorang muslim yang peka dengan hal ehwal agamanya. Kerana, awal muharam sangat berkait rapat dengan peristiwa hijrah. Tentunya peristiwa hijrah adalah peristiwa yang sangat bermakna bagi umat islam..sewaktu kecil dahulu..selalu didengangkan dengan lagu ini..( betapa berkesannya pendidikan masa kecil..samapai sekarang saya masih ingat lagi…liriknya macam ni…)

Satu muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindah nabi dan umat islam
Dari kota mekah ke kota madinah
Atas keyakinan dan iman teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorban
Hijrah itu permulaan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua……..
…. Alamak lupa pula liriknya..(sape ingat, tolong sambung..(^^,))

Tapi sebenarnya, bait lirik ini sangat member kesan pada saya. Dulu, mungkin saya tidak tahu apa itu peristiwa hijrah. Tetapi, dengan berlalunya masa, saya fahami bahawa setiap umat islam harus tahu dan faham ibrah disebalik peristiwa hijrah. Ia bukan sekadar perindahan rasul dan sahabat dari kota mekah ke kota madinah..tetapi, ia adalah permulaan bermulanya berkembangnya ISLAM tercinta. Jika bukan kerana bertahannya para sahabat dan Rasulullah terhadap siksaan para kafir quriasy dalam menegakkan kebenaran..mungkin pada hari ini tidak mungkin kita mengenali islam. jika bukan kerana makna ukhuwah yang di ajarkan oleh Rasulullah adalah berteraskan iman dan akidah bukan pertalian darah dan keturunan. Tidak mungkin pula ia di manisfestasikan oleh kaum muhajirin dan ansar yang suatu ketika dahulu tidak pernah bersua apatah lagi mengenali. Mana mungkin saad bin rabi’ menawarkan salah satu isterinya dan juga kebunnya kepada abdul rahman bin auf jika bukan kerana tingginya iman di dada. Mana mungkin setiap kaum ansar berlumba-berlumba mahu menerima tetamu sehingga perlu di undi jika bukan kerana tarbiah yang di ajar oleh Rasulullah. Juga kerana berjayanya mus’ab bin umair menyebarkan islam ke seluruh pelusuk madinah. Begitu juga penurunan wahyu..significantnya peristiwa hijrah ini di mana ayat-ayat Al-Quraan terbahagi kepada ayat makkiyah dan ayat madaniyah dan ayat makkiyah di nisbatkan kepada ayat yang turun sebelum hijrah manakala ayat madaniah diturunkan selepas hijrah..

Sebenarnya masih banyak lagi ibrah yang perlu digali hasil dari peristiwa hijrah ini. Kerana manfaatnya kepada kita umat islam hari ini adalah amat besar.jika bukan pengajaran dari Rasul dan para sahabat salafusalleh yang kita mahu jadikan teladan kepada siapa lagi? Takkan nak jadikan teladan dari ben 10? Ke doremon atau nobita?- tidak sekali bukan? Jadi berhentilah mengagungkan tokoh-tokoh barat, apatah lagi artis yang tidak bermoral.. yang tidak tahu hala tuju kehidupan itu..mari kita buka kembali kamus baru kehidupan kita dengan kembali mengenali agama yang kita inuti ini..that is ISLAM. (^^,)

SELAMAT TAHUN BARU
SALAM MAA’L HIJRAH 1433H

sama-sama kita berhijrah (bukan dari kota mekah ke kota madinah),tetapi, hijrah yang sebenarnya..dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang lupa dan lalai kepada yang sentiasa ingat, dari banyaknya kelemahan kepada pembaikan, dari sedikitnya amal dan pemahaman kepada islam kepada banyaknya amal dan memahami islam secara menyeluruh..dan lain-lain hijrah. Dalam erti kata lain, sama-samalah kita berazam dengan azam baru untuk menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..semoga Allah permudahkan dan kuatkan semangat kita..insyaAllah!

“May Allah bless us for today and hereafter..(^^,)”

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka 2011: Lapisan Kejahilan moden?

 Mungkin Isu Ini masih panas ketika ini..saat sebahagian umat Islam dalam suasana menunaikan ibadah haji dan Aiduladha negera "Islam" Malaysia dikejutkan dengan satu kempen "Seksualiti Merdeka" di anjurkan oleh golongan-golongan yang tenggelam dalam kegelapan. Program yang dikatakan memperjuangkan hak asasi manusia ini bermulapada 1 Nov 2011-13 Nov 2011 yang bertema "Queer without fear" yang
mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. Pelancaran program ini dijadualkan di rasmikan oleh tokoh yang tidak asing lagi dalam memperjuangkan hak asasi manusia..siapa lagi kalau bukan Datuk Ambiga Sreveenasan.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung di estival tersebut adalah pameran poster, pengakuan kaberet, mini concert rainbow massacre, pelancaran buku dan banyak lagi..Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi. Di fahamkan juga bahawa gay icon Elthon John akan mengadakan konsert di negara ini...

Agaknya apa respon kalian ya akan isu ini? Marah?benci? geram? menyampah? sedih? bla-bla...etc. Begitulah, apabila manusia lari dari fitrah manusia yang utama iaitu menolak agama Islam. Maka natijahnya amat besar. Tidak tahu lagi yang mana yang baik dan mana yang buruk..kerana hati telah tertutup rapat dari tujuan hidup yang sebenar. Maka yang tinggal hanyalah mencari kebahagiaan diluar tabii' yang tiada pengakhirannya.

menyedihkan adalah remaja-remaja melayu islam yang masih lagi "mencari" dan tidak faham islam yang sebenarnya. mereka mungkin terpengaruh dan terus hilang dari Islam "wanu'zubillah". Maka sewajarnya di sini dikatakan..kembalilah kepada fitrah. fitrah beragama dan fitrah berpasangan (lelaki dan perempuan)..kerana hanya  agama  Islam yang mampu menjamin kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat...percayalaaah! kerana Islam adalah agama yang benar lah "mereka" tidak henti-henti untuk melancarkan serangan secara "fizikal" atau  "psychological" untuk menghapuskan Islam..tetapi, apa yang kalian lihat kini? adakah islam hilang dari bumi ini? TIDAK bukan..malah islam semakin hari semakin memancarkan cahayanya..kerana apa? Kerana ISLAM adalah agama Allah, milik Allah...maka pemiliknya lah yang akan  menjaga agamaNya..

Jadi, Untuk selamat dan bahagia dunia dan akhirat maka sekali lagi diseru buat mereka..kembalilah kepada Islam..because once you know ISLAM yang sebenarnya..You would never leave it..ISLAM IS THE WAY OF LIFE.... <3

Wednesday, March 2, 2011

Islam akan kembali..

Selepas kejatuhan rezim zalim Ben Ali dan isterinya Laila di tunisia, kemudian Mesir meneruskan langkah menggesa Hosni Mubarak pula meletakkan jawatan. Ribuan Himpunan umat Islam di Tahrir square,membuktikan mereka tidak lagi rela negara tercinta diperintah oleh pemimpin yang zalim dan bersifat kuku besi.. Yang Akhirnya membuatkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Dan kini, krisis Libya pula..Qadafi yang zalim.. Pun begitu, Umat Islam diseluruh dunia, tidak akan berhenti menuntut hak mereka..


Pastilah..ketentuan Allah akan mengatasi segala. Islam akan kembali ke dunia ini, menjadi agama yang akan menyinar ke setiap pelusuk penjuru kehidupan.
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

"Sesungguhnya kebenaran telah datang dan kebatilan telah hancur/ lenyap. Sesungguhnya, kebatilan itu itu sememangnya akan lenyap"

(surah al-Isra' [17]:81)

"Teruskan berdoa..dan teruskan bekerja!"

"Semoga berkesempatan melihat islam kembali bertakhta.."

Monday, November 22, 2010

ETP

Tambahan kelab malam ETP rosakkan negara

Usaha kerajaan Malaysia melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai strategi meningkatkan pendapatkan negara adalah suatu usaha yang amat progresif.

Di samping itu, pertambahan peluang pekerjaan adalah antara kesan baik yang bakal dinikmati oleh rakyat apabila projek ini menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru menjelang tahun 2020.

Namun begitu, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) melahirkan rasa bimbang terhadap usaha transformasi ekonomi melalui industri pelancongan.

EPP Ke-8 dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Pelancongan menyasarkan penubuhan enam kelab malam baru yang bakal menampung 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012.

Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang tahun 2014, disasarkan sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan beroperasi di zon hiburan baru hasil daripada projek ini.

Meskipun RM0.7 billion pendapatan negara kasar akan diperoleh serta 5,600 peluang pekerjaan akan ditawarkan menjelang 2020, ia dilihat suatu yang bertentangan dengan cita-cita Wawasan 2020 yang ingin menjadikan Malaysia maju dengan gaya dan acuan tersendiri.

Sebagai sebuah negara Islam dan majoriti rakyat beragama Islam, usaha menambahkan lagi pusat-pusat hiburan ini tidak dilihat selari dengan amalan dan nilai budaya negara ini.

KARISMA menggesa agar kerajaan melihat dengan teliti kesan sosial yang akan berlaku apabila pusat-pusat hiburan sebegini ditambah. Dari sudut ekonomi ia mungkin menguntungkan negara, tetapi dari sudut sosial, tiada yang dapat menafikan bahawa kebejatan sosial juga pasti bertambah.

Suasana hiburan melampau hari ini dan kesannya pada masyarakat seharusnya sudah cukup membimbangkan kita semua apabila kes rempit, rogol, dadah, ragut, samun, perkosa dan lain-lain tidak menunjukkan penurunan.

Amat menghairankan apabila pemimpin negara hanya memandang proses transformasi ini dari sudut pendapatan negara sahaja walhal menutup sebelah mata terhadap kesan sampingan yang bakal terjadi.

Alasan menarik pelancong-pelancong asing melalui pembinaan kelab malam adalah suatu alasan yang tidak kukuh serta bakal merosakkan negara.

KARISMA mendesak agar kerajaan membuktikan sumbangan-sumbangan langsung kepada pembangunan negara yang diperolehi daripada pembukaan kelab-kelab malam selain daripada sudut ekonomi dan peluang pekerjaan.

Pelbagai industri yang bertentangan dengan nilai moral dan agama juga mendapat keuntungan hasil pembukaan hab hiburan dan kelab malam ini.

Antaranya industri arak dan pelacuran sehingga akhirnya membawa kesan jangka panjang yang lebih parah seperti perzinaan, pembuangan bayi, penggunaan dadah serta kerosakan akhlak lain.

Selama ini kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membendung budaya-budaya negatif ini, namun begitu ruang yang disediakan cukup luas untuk masalah ini berkembang.

Siapakah yang dapat menjamin bahawa pembukaan hab hiburan baru dan pertambahan kelab malam ini akan menjadikan rakyat Malaysia sebuah masyarakat lebih berakhlak mulia?

Adalah lebih baik sekiranya wang ringgit untuk zon hiburan dan kelab malam ini dilaburkan pada ruang yang lebih sihat seperti memajukan lokasi-lokasi yang melambangkan budaya negara Malaysia bersesuaian dengan tuntutan agama.

Nilai positif dan berakhlak harus diterapkan dalam memajukan sektor pelancongan negara Malaysia sesuai dengan budaya timur yang telah sekian lama diamalkan.

Pendekatan holistik dan bersepadu juga harus dilaksanakan oleh kerajaan dalam membina sebuah negara yang maju baik aspek material mahupun moral masyarakat.

Seharusnya pemimpin negara mengaplikasian ayat Al-Quran dalam Surah Saba' ayat ke-15 yang menyebut “Negara yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun”.

Kita mahukan negara yang baik di sisi Allah yang akhirnya memberikan keampunan buat rakyatnya. Hanya dengan keredhaan dari Tuhan sahaja akan menjadikan negara ini sentiasa sejahtera dan makmur.


Penulis adalah Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) 2010

Copy paste dari: malaysiakini

P/s: entahla..sebenarnya kerajaan mencari sebenar-benar penyelesaian kepada permasalahan atau sebaliknya..bukankah, aset negara yang terpenting adalah pemuda-pemuda dan remaja-remaja masa kini. Seandainya mereka rosak, siapakah yang akan memimpin negara di masa akan datang? mahu PM masa depan seorang drug addict? seorang kaki botol? seorang yang gemar clubbing?atau...bla..bla...atau kerajaan selesa dengan duit-duit kutipan/pendapatan negara di belanjakan untuk membina/membaiki proses pemulihan remaja yang sudah rosak?? wahai pemimpin-pemimpin..jika anda benar-benar islam..buktikan keislaman kalian..janganlah melakukan sesuatu yang boleh mengundang bala' Allah...wallahua'alam..

"Mencari Redha Allah"

Sunday, August 1, 2010

Mahasiswa dibenarkan berpolitik?

NGO: Mahasiswa juga ada hak berpolitik, wajar pinda AUKU
Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 31 Julai — Pemimpin-pemimpin pelajar menyambut baik langkah Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu membawa usul membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik ke perhatian MT Umno tetapi menegaskan, sudah sampai masanya penuntut universiti dibenarkan aktif berpolitik atas alasan mereka juga ada hak mengundi.


Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) Abdullah Omar Muhd Fuad berkata, cadangan itu merupakan satu pembaharuan baik kepada mahasiswa tetapi pelajar tidak harus membawa agenda politik ketika sesi pembalajaran di kampus.


“Kita memang setuju dengan cadangan tersebut kerana tiada masalah kalau mahasiswa nak terlibat dalam politik kerana mereka juga adalah pengundi,” kata beliau.


Bagaimanapun kata beliau, sekiranya cadangan tersebut diterima, tidak boleh melabelkan mahasiswa sebagai prokerajaan atau pembangkang.


“Kalau kita buat bantahan kepada kerajaan tidak bermakna kita sokong pembangkang, jadi kita harap mahasiswa ini tidak dilabelkan sebegitu.


“Ini kerana kita tidak mahu mahasiswa dipandang rendah oleh masyarakat, kita bantah bukan suka-suka kerana ada sebabnya,” katanya.


Selain itu, beliau juga menyarankan agar diletakkan satu syarat khas supaya mahasiswa ini tidak mengabaikan pelajaran mereka.


“Kadang-kadang kalau terlalu asyik dengan politik mungkin mahasiswa akan lupa akan tanggungjawab sebenar mereka sebagai pelajar,” kata beliau.


Abdullah Omar mengulas cadangan Saifuddin untuk membawa usul membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik pada mesyuarat MT Umno akan datang.


Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata sudah tiba masanya AUKU dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.


Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula.


Dalam pada itu, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Hilman Idham berkata, mahasiswa merupakan bakal pemimpin masa hadapan jadi penglibatan golongan itu dalam politik amat penting bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber.


“Mahasiswa mempunyai idealisme dan pandangan masing-masing dalam politik, jadi penglibatan mereka amat penting bagi menyuarakan pandangan sebagai mahasiswa.


“Banyak pendedahan positif akan diterima mahasiswa sekiranya mereka terlibat dalam politik termasuk dari segi pengembangan pengalaman, membuat keputusan, mempraktikkan teori politik yang dipelajari dan sebagai.


“Sepatutnya sejak dari dulu mahasiswa ini dibenarkan terlibat sama dalam politik dan jangan sesekali melabelkan mahasiswa ini,” katanya.


Sehubungan itu Hilman berkata sekiranya cadangan itu diluluskan maka mahasiswa boleh memperluaskan pengalaman politik tanpa perlu bimbang akan dikenakan tindakan.


“Sekarang mana-mana mahasiswa yang terlibat dalam politik boleh dikenakan tindakan di bawah AUKU.


“Jadi saya percaya mahasiswa akan mendapat kebebasan yang sepatutnya sekiranya cadangan tersebut diluluskan nanti,” katanya.


Hilman kini berhadapan dengan tindakan disiplin kerana didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) AUKU kerana bersimpati dengan parti politik semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.


Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Mohd Idris Mohd Yusoff berpendapat cadangan tersebut sesuai kerana mahasiswa juga ada hak untuk berpolitik.


“Saya memang setuju dengan cadangan tersebut dan ia menunjukkan kerajaan mula bersikap terbuka dalam hal ini.


“Selama ini mahasiswa dikongkong kerana tidak dibenarkan terlibat dalam politik. Jadi sekiranya diluluskan, maka secara tidak langsung mahasiswa boleh mengetahui selok-belok politik,” katanya.


Beliau berkata penglibatan secara terus golongan mahasiswa dalam politik boleh memberikan pendedahan awal selain melahirkan lebih ramai pemimpin masa depan.


“Jadi mahasiswa ini boleh mempelajari politik secara praktikal apabila merasai sendiri pengalaman tersebut.


“Jika berbanding dengan sekarang mahasiswa hanya pelajari tentang teori sahaja, ia tidak boleh menerangkan maksud politik sebenar kepada mahasiswa,” tambahnya.


Sementara itu Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim berkata, penglibatan mahasiswa dalam politik sebenarnya tidak boleh dipisahkan kerana golongan itu adalah bakal pemimpin negara.


“Dengan penglibatan mahasiswa dalam politik mereka boleh melihat dan memahami sendiri apa yang dimaksudkan dengan politik secara lebih jelas lagi.


“Selain itu, saya melihat cadangan itu satu tindakan yang baik kerana ia boleh memberikan kesan positif kepada mahasiswa dan juga negara.


“Ini kerana kita mahu melahirkan ramai bakal pemimpin tapi selama ini mahasiswa disekat jadi saya melihat cadangan itu mampu melahirkan lebih ramai pemimpin yang bijak dna bagus,” katanya.


Bagaimanapun Jais berharap agar mahasiswa yang terlibat dalam politik dapat mengimbangi soal pelajaran dan politik.


Copyright © 2010 The Malaysian Insider

Wednesday, May 26, 2010

Facebook

Saya copy and paste dari bloq ,http://faridul.wordpress.com/?s=facebook
Semoga ia bermanfaat buat semua..


Ada orang suruh saya buat Facebook. Dulu-dulu, ketika zaman Friendster tengah top, pun ada orang suruh join. “sebagai salah satu sarana dakwah,” kata mereka. Namun, hingga ke hari ini, saya masih enggan. Kurang berminat, sebenarnya. Biarlah saya tumpu pada blog saya dulu. Sebab saya perhatikan, ramai yang sukar untuk istiqamah di blog, tapi mudah mengupdate di facebook. Bila facebook lebih mudah untuk istiqamah, anda faham-faham sajalah. Merapunya lebih banyak daripada berdakwah. “berkawan”, terutamanya dengan lawan sejenis, lebih banyak berbanding amar maaruf dan nahi munkar teman sejantina. Maka benarkah ianya masih dalam rangka dakwah??


Kerana itu, hati-hatilah wahai saudaraku dengan facebook. Jangan sampai anda tergelincir dalam “keghairahan” berteman-ria di sana. Buat saya, saya masih setia di blog. Satu, kerana dengan kesibukan saya, biarlah saya bermujahadah untuk istiqamah di satu saja. Dan satu yang saya rasa paling efektif menyampaikan fikrah ialah di blog.


Dua, kerana saya pun tidak mahu tergelincir kepada fitnah facebook, seperti yang dicoretkan UZAR di blognya. Saya copy&paste di bawah ni ya.
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.


Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.


Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

 
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Friday, May 14, 2010

Jejaskan akidah?

http://www.youtube.com/watch?v=pZ_rxDROPi0


Bagaimana agaknya perasaan teman-teman dan sahabat-sahabat semua apabila mendengar isu kerajaan Malaysia telah meluluskan lesen judi kepada Syarikat berjaya berhad bagi menghalalkan judi sempena piala dunia nanti? adakah merasakan..

1) biasa-biasa je..biasalah tu Malaysia..malas la nak campur..tak lama lagi senyap la isu ini..

2) merasakan tidak puas hati..bercampur marah..tetapi, tidak dapat buat apa-apa..

3) rasa marah meluap-luap kepada kerajaan Malaysia..

4) rasa wajar sangat akan tindakan kerajaan Malaysia kerana ini adalah salah satu lagi cara untuk mengekalkan kemakmuran negara yang dibanggakan.

5) Rasa sangat tepat tindakan itu..kerana ia akan menambah pendapatan negara sekali gus akan beri peluang pendidikan dan perubatan yang lebih murah kepada rakyat..

6)Rasa harus bertanggungjawab untuk membantas dan menghalang usaha ini kerana ia ada kaitan dengan akidah umat islam dan penghinaan atas semua agama..

7) atau ada cadangan perasaan lain??hmmm....

mana satukah perasaan teman-teman dan sahabat-sahabat semua?
Sungguh, perasaan apa yang kita rasakan sebenarnya menggambarkan kondisi iman kita dan juga pegangan akidah kita.. Isu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal..bukanlah isu kecil, bukan juga isu remeh..kerana itu melibatkan hukum Allah..

AWAS, jika jawapan perasaan anda adalah nombor 1,4 dan 5..anda harus muhasabah sedalam-dalamnya dalam diri anda..kerana sebenarnya..akidah anda berada dalam kondisi yang membahayakan yang mungkin membawa anda tergelincir dari landasan akidah...

Saya teringat sebuah hadis yang kefahamannya...
"Apabila dakwah tidak di laksanakan di muka bumi, maka Allah akan gantikan pemimpin bumi itu dengan pemimpin yang zalim..."

Wallahua'lam....

p/s: pemimpin kita macam mane??
Sungguh, telah berjaya menempah bala Allah!!