Saturday, October 24, 2009

Jaga solat di dunia, Raih syurga di akhirat..

Hudzaifah bin Yaman berkata: “perkara yang pertama kali akan hilang dari agama adalah khusyu’, dan arayang terkahir yang akan hilang adalah solat. Boleh jadi, ada orang yang solat tiada kebajikan pada dirinya. Boleh jadi anda mendapatkan sbeuah jemaah solat dalam masjid, namun tidak seorang pun diantara mereka khusyu’

Manakala Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
“Tali pengikat (ajaran) Islam satu per satu akan pudar (diabaikan), yang pertama adalah pemerintahan dan yang terakhir adalah salat” (HR Ibnu Hibban)

Seandainya hadis ini diketahui dan difahami dari dahulu oleh orang banyak orang, sudah tentu setiap darinya akan menyedari bahawa solat adalah harta dan tanggungjawab terpenting yang mesti dijaga dan diperbaharui setiap masa. Kerana, syaitan tidak akan berdiam diri selagi anak adam tidak lalai dari mengingati Allah. Sehingga dalam solat pun, syaitan akan berusaha semampu mungkin untuk melalaikan anak cucu adam.

Syaitan tidak perlu bersusah payah untuk duduk dan melalaikan orang-orang yang berada di tempat-tempat maksiat, kerana mereka ini sudahpun mengikut telunjuk nafsu syaitan.Sebaliknya, syaitan akan bekerja keras untuk mengoda manusia yang mengerjakan amal kebaikan. Oleh kerana solat memiliki kedudukan yang sungguh mulia, syaitan akan berhempas pulas untuk merosakkan solat manusia.

Lalu, kita mula berfikir dan menghisab diri…selama ini, solat kita bagaimana? Berapa banyakkah solat kita yang benar-benar khuyu’ dan bebas dari berfikir akan urusan dunia? Selama kita solat, berapa kali hati kita merasai kehadiran Allah dalam solat kita?

“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya” (al-Mau’n:4-5)

“ Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dna memperturutkan hawa nafsunya,maka mereka kelak akan menemui kesesatan” (maryam: 59)

Astaghfirullahal’azim…. Sudah banyak kelalaian yang telah dilakukan… Moga Allah masih lagi memberi peluang untuk memperbaikinya.

Ibnul Qayyim menjelaskan tingkatan manusia dalam mendirikan solat:

1. Orang yang lalai dan zalim terhadap dirinya,iaitu yang tidak mengerjakannya dengan benar, baik dalam wudhu, waktu, batas-batas mahupun rukun solat. Kelompok pertama ini akan mendapat hukuman dari Allah


2. Orang yang menjaga waktu solat, batas-batas, rukun-rukunnya. Namun, ia lalai dalam bermujahadah melawan bisikan dan pikiran yang menggangu jiwanya. Kelompok kedua ini akan dihisab oleh Allah.

3. Orang solat sekali gus berjihad.mereka bukan sahaja menjaga rukun-rukun dan batas-batas solat malah berusaha sekuat tenaga mengusir bisikan dan fikiran yang menggoda dirinya. Kelompok manusia ini adalah dalam tingkatan akan dihapuskan dosanya.

4. Orang yang memenuhi kewajipan solat, rukun-rukun,dan batas-batasnya ketika mendirikan solat dan hak-haknya agar tiada satu pun terbuang secara percuma. Hatinya tenggelam dalam salat dan ibadah kepada Allah. Mereka mendapat pahala dari Allah.

5. Orang yang mendirikan solat dengan menghadirkan hatinya dihadapan Allah. Seakan-akan ia melihat Allah dengan mata hatinya, ia merasa diawasi oleh Allah dan hatinya dipenuhi rasa cinta kepadaNya dan mengangungkanNya. tIngkatan manusia ini akan didekatkan dengan Allah.

“ Ya Allah, ku berlindung dariMu yang memiliki segala kekuatan dari segala tipu daya Syaitan..”

Bagaimana mahu mendirikan solat dengan penuh rasa khusyu’??
1. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan khusyu’ dalam solat.
2. Berlindunglah dengan Allah dari syaitan dengan berta’awuz dan membaca tiga Qul ( surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-nas) agar segala bentuk bisikan syaitan dihindarkan.
3. Kosongkan segala fikiran sebelum mendirikan solat.
4. Berusaha menlengkapkan diri dengan ilmu, seperti banyak membaca tafsir dan surah-surah yang sering dibaca dalam solat. Agar ketika solat, fikiran akan tertumpu kepada apa yang dibaca.
5. Menjaga rukun-rukun , batas-batas dan hak-hak solat.
6. Sedar bahawa, diri sedang mengadap Sang Raja dan Pencipta yang Agung..

Moga Allah menolong orang-orang yang sentiasa mencari redhaNya…

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencarikeredhaan) Kami, benar-benar akan Kmai tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang –orang yang berbuat baik” (Al-Angkabut: 69)


No comments:

Post a Comment