Monday, March 4, 2013

Dah lama sangat dah..

Rasa memang dah lama sangat dah..tak buat benda-benda yang disukai..
erk?
ya..dah lama dah..
selalu bagi alasan bajek..
apa lagi..
alasan sibuk la..

nak tahu apa benda-benda yang disukai tu?
"reading.."
"tulis bloq"
"edit gambar"
"buat video.."
"menulis.."

mungkin orang tak faham
kenapa kena buat benda yang disuka
ya..
untuk kita sentiasa ceria dan ada self satisfaction/ self actualization
mengikut maslow hierarchy
self satisfaction/ self actualization adalah the hinghest  level..
pic: maslow hierarchy

maksudnya..it still "needs" 

So, moral of the story..
its all ABOUT  managing your time..
sekarang tengah "fight" untuk habiskan buku ni..
dah lama beli.. 
masa "big bad wolf" lagi..
tapi, till now satu buku pun tak habis lagi..
terukkan?

tak pe
"be positive"
hehe
usaha lagi untuk perbaiki diri
orait..


Ok Tecer Sue
Selamat Berusaha!!


" Only for HIM" (^_^)

Saturday, December 29, 2012

Tersentuh




Kadang banyak dalam hidup kita melalui.."the white matter of water"..kita tidak tahu..apa yang kita akan tempuhi seterusnya. Kadang kita bersedia, kadang terkejut, kadang sukar menerima, kadang kita suka..
Tapi, itulah hidup.. Selalu ada ujian dan cabaran.
 tapi, saat merasakan kitalah orang paling malang, sebenarnya..masih ada orang yang lebih diuji dari kita..dan mereka melaluinya. sama ada redha atau tidak itu adalah ketentuan.. dan pilihan untuk redha..adalah pilihan kita.
 Redha adalah menerima segala ketentuanNya dengan penuh tenang dan sabar..tidak gusar malah bertawakal sepenuhnya pada DIA. Dan diujungnya adalah  merasai kemanisan..
Melihat mereka merasakan diri sudah cukup beruntung melalui kehidupan ini..
 

miskin

sampah
runtun
runtun
runtun
runtun

Semoga Allah sentiasa mencampakkan ke dalam hati rasa syukur yang tidak pernah berpenghujung selagi masih meneguk dan merasai nikmaNya..

Ya Allah jadikanlahku  antara hamba-hambaMu yang bersyukur..

Tuesday, November 6, 2012

Nurse: Erti rendah hati..

Rasa tercabar keegoan mungkin..
Terpaksa menolak katil ke sana ke mari..
kadang melihat jururawat yang sudah sarat pun terpaksa berbuat demikian. Apakan daya tugas bukan?



Baru sahaja hendak melabuhkan punggung di kerusi ada sahaja yang memanggil. Mahu “bedpan” la, mahu ke tandas la, drip stop la, Doktor mahu buat round la, Doktor mahu prepare dressing la, dan macam –macam lagi.

Kadang-kadang Doktor hanya tahu order sahaja (bukan kadang, memang selalu) dan yang membuatnya dan melaksanakannya adalah jururawat..
kadang Doktor hanya pandang jururawat sebelah mata, especially pelajar jururawat. Bukan tuduhan tapi inilah klise dalam “medical team” di Malaysia. Sebab semua orang tahu secara keseluruhan jururawat hanya golongan pembantu perubatan bukan ahli professional sebagaimana Doktor.
Jadi hasilnya sering golongan ini dipandang sebelah mata.(Walau ada yang memandang dengan dua mata juga tetapi sangat terperincil)

walau apa pun kondisinya wahai jururawat-jururawat yang osem.. it is not really the big matter.. there are many things which is more important than that. betul, sebagai sifat manusiawi tetap kekadang mahu dihargai tetapi cukuplah sekadarnya.

Don’t expect too much kerana jika harapan tidak sama dengan natijahnya.. you would depress and frust.

The most important things is work your job. Respect cannot be ordered. Tetapi, ia harus dipupuk. Mana mungkin orang akan hormat atau menghargai sekiranya kerja kita banyak yang tak ok. Drip patient bengkak. Ubat tidak diberi tepat pada waktunya. Patient kelaparan. Hygiene patient tidak dijaga. Tidak terurus dan macam-macam lagi kelemahan yang kita tunjukkan kepada Doktor-doktor dan pesakit kita.

Yes..truly understand that would be many factors contributed to the situation. Contohnya, hospital management, human sources, hospital setting dan macam-macam lagi yang kadang-kadang sebenarnya kita adalah mangsa keadaan.

Tetapi, always positive my dear.. “Osem Nurse” selalu sentiasa dapat mengatasi masalah dan halangan.. well take it as challenge. You wouldn’t be called as an osem nurse unless you can go out as a winner from the undesireable condition…

Dan itulah sebenarnya mengajar kita untuk sentiasa rendah hati. Biarlah mereka tidak mengahargai kita asalkan Allah sentiasa melihat kita. Asal, rezeki yang kita dapat diberkati. Asal senyuman kita, keikhlasan kita, kesabaran kita, amanah kita menghantarkan kita sebagai seorang hamba, juga memberi hasil yang kita kan tuai di akhirat sana.



Hanya itulah yang membezakan kita dan mereka..dan itulah "Osem Nurse" osem di sisi Allah sentiasa.

"Mencari Redha Allah"