Saturday, October 30, 2010

Exam near to the end..=)

Fuhh.. (doing nothing. Just breathing in. And breathing out. Slowly, dreamily, blissfully..)

As  people always said exam only part of life. "exam sebahagian dari hidup, ia datang dan pergi..tetapi, jangan biarkan exam melalaikan diri dari mentaati Allah.." (Dayah, 2010).

CRITICAL CARE NURSING: 19 OCT 2010
ISSUES IN NURSING : 21 OCT 2010
ONCOLOGY NURSING: 26 OCT 2010
NURSING MANAGEMENT IN HOSPITAL AND HEALTH CLINICS : 29 OCT 2010
RESEARCH METHODOLOGY IN NURSING : 1 NOV 2010
HEALTH ECONOMICS : 6 NOV 2010

two more papers awaiting!! berusaha!!

"Anda adalah cermin dari pikiran-pikiran anda sendiri" (Syeikh Muhammad Al-Ghazali)
" Katakanlah (Muhammad), apakah sama antara orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui" (al-Ahzab: 9)

p/s: Adakah sama antara orang really prepared for exam dengan orang yang tak prepared?  (Huhu..anda tahu jawapannya...)


 

(Gambar hiasan semata-mata ya.. tiada kaitan dengan sesiapa ya..hehe)


"Mencari redha Allah.."

Friday, October 29, 2010

Kenapa pilih Nurse (Siri 2)

Suatu masa dahulu, saya nyatakan kenapa saya pilih nurse walau banyak keadaan dan sebab yang tidak jelas kenapa saya dalam perjalanan menjadi seorang nurse.

Hari demi hari saya lalui sebagai seorang pelajar jururawat dengan penuh semangat. Saya yakin, Allah tahu yang terbaik buat saya. Saya cuba mengumpul setiap jawapan yang Allah titipkan buat saya lewat secara sedar atau hikmah disebalik sesuatu.

Akhirnya..saya temui jawapannya..mungkin jawapan ini bukanlah jawapan yang tepat buat persoalan kenapa saya pilih nurse, tetapi mungkin lebih menjawab kepada soalan..kenapa Allah pilih saya menjadi seorang pelajar jururawat ? dan insyaAllah suatu masa nanti menjadi seorang jururawat…

Yang paling ketara dan paling jelas buat saya, kerjaya sebagai seorang jururawat ini adalah kerjaya yang seandainya dihayati dan diterima dengan hati yang “besar” sebenarnya medan yang paling ampuh untuk mendidik akhlak yang baik dalam diri. Malah, merupakan ladang yang luas yang akan menjadi saham buat saya diakhirat nanti. Juga, ia adalah siggahsana yang benar-benar akan mengajar tentang “kehidupan” tatkala pelajaran itu datang dari kehidupan orang lain.

Bermacam kisah pernah saya lalui, bermacam cerita pernah  dilihat secara direct dan indirectly..semuanya adalah pengajaran dari sebuah kehidupan. Ada yang miskin harta tetapi kaya budi dan senyuman. Juga betapa masih wujud di alam ini seorang yang tetap kaya, bahkan juga seorang yang indah dan pemurah akhlaknya. Apatahlagi seorang yang lokek untuk senyum tetapi sebenarnya merupakan seorang pekerja yang paling amanah dan komited juga tidak lokek untuk mengajar..ada juga yang diuji Allah dengan berbagai penyakit berbahaya tanpa ditemani sesiapa pun dari ahli keluarganya sepanjang dia sakit, tetapi, solat tidak pernah dilalaikan..subhanallah..bukankah itu sudah cukup memberi jawapan pada saya bahawa Allah itu Maha Kaya dan Maha Hebat dalam mencipta hamba-hambaNya?

Mendepani pesakit yang bukan sahaja sakit fizikalnya, bahkan mungkin sakit juga psychologynya amat-amat memerlukan nurse yang “sabar” dan “jernih hatinya”. Apatah lagi menjaga mereka. Ada juga ketikanya sebagai manusia, kita juga berada dalam keadaan tidak stabil, emosi tergangu dengan masalah peribadi..tetapi, menjadi seorang nurse sebenarnya memaksa diri untuk sentiasa tersenyum dan memberikan yang terbaik buat pesakit. Bukankah itu adalah latihan untuk memiliki sifat sabar?

Malah, disaat, insan-insan lain sedang tidur..para jururawat bersekang mata menukar cadar seawal 5 pagi, memberi ubat seawal 6 pagi malah jika berlaku keadaan kecemasan, sepanjang malam tidak berkesempatan untuk tidur..bukankah itu adalah pelajaran dan latihan untuk memberi yang terbaik untuk saudaranya?

Bukankah Rasulullah juga pernah bersabda, “Tidak akan beriman di antara kamu sehinggalah kamu mengasihi saudaramu lebih dari kamu mengasihi dirimu sendiri?”.. dan ini cukup meyakinkan diri bahawa “ini”lah yang terbaik buat saya..

Saya teringat seorang ustaz yang merupakan guru ta’alim saya berkata.. “la..awatnya ambik nursing..nie kerja nursing ni penat na…angkat patient la, pi sana, pi sini..nanti penat banyak guna tenaga…tukaq la medic..senang skit..tulis-tulis bagi ubat..na nurse yang buat keja..”..mengimbau nasihatnya dan pesanannya juga celotehnya..saya nyatakan dalam nubari saya.. “ustaz,biarlah, kami-kami ini jadi duta dalam nurse pula..seandainya ramai adik beradik kami yang lain sudah terjun dalam medic..biarlah kami terjun dalam kerjaya yang tidak glamour ni..bukankah kerjaya ini juga melatih kami menjadi seorang dai’e?”

"Mencari Redha Allah.."

Tuesday, October 26, 2010

Peringatan buat diri


Dalam kesempitan, dalam keperluan diri sendiri..datang sahutan dan panggilan untuk memberi kepada yang lebih memerlukan...

Sesungguhnya tidak sama darjat mereka yang keluar berjihad dengan mereka yang hanya duduk sahaja. begitu juga tidak sama mereka yang berinfaq dalam keadaan senang dengan mereka yang berinfaq dalam keadaan susah. Pastinya disisi Allah mereka ada bedanya..


"Mencari Redha ALLAH.."