Tuesday, June 29, 2010

Berlatih!! berlatih!!

Saya terkebil-kebil melihat Ebdorrahman Li yang berpusing-pusing dua tiga kali untuk mendapatkan barang dihadapannya. Sekali sekala dia menangis dan melihat kearah saya yang hanya memandangnya tanpa melakukan apa-apa. Saya tahu dia mengharapkan bantuan saya. Tidak cukup dengan itu, dia menangis sehingga termuncung-muncung mulutnya tetapi tangannya tidak pernah berhenti cuba mencapai balang berwarna merah dihadapannya.

Namun, saya tetap dengan pendirian saya..saya tidak akan menolongnya sehingga dia sendiri mencapai balang itu dengan tangannya..sebaliknya, beberapa minit kemudian naluri saya tidak tertahan apabila dia menangis sehingga air matanya mengalir..saya mengangkatnya. Mungkin dia penat kerana lama bertiarap.. tak pe, kejap lagi kita berlatih lagi ya… Yakin Boleh Ebdorrahman!!

Seorang Syeikh Tanthawi pernah berkata“Wahai anakku, manusia dalam hidup ini memerlukan riyadhah (latihan), sebagaimana fisikal itu harus dilatih, ruh itupun harus dilatih. Orang-orang yang biasa berlatih akan memiliki satu tingkat dari orang-orang yang tidak pernah berlatih”.

Sejujurnya begitulah. As a nurse wannabe,ia tidak akan mengubah apa-apa seandainya setiap skills yang dipelajari tidak dikuasai dengan baik..tentunya untuk menguasai dengan baik perlukan latihan dan pengalaman yang banyak.. Begitu juga sebagai seorang yang bergelar muslim, untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik, sebetulnya perlu kepada pelatihan..dan pelatihan itu terkadang menyakitkan. Sungguh tidak semua mampu mengatasi kesakitan itu dan kerana itulah tidak semua mampu memiliki kedudukan istimewa di sisi Dia..

Ebdorrahman Li sewaktu dia gembira sedang berlatih.

“Mampukah diriku mengharungi cabaran-cabaran tatkala sedang berlatih??”

Sunday, June 27, 2010

Lukisan Hati

Lama sungguh tidak post sesuatu di sini.. (heehe..perasan sibuk ) . Jadi, saya ingin merakamkan satu nukilan perasaan yang pernah di persembahkan pada suatu malam kesenian Islam  di Teluk kalung, Kemaman..
Semoga ia mampu memberi manfaat bagi hati-hati yang mahu mengerti dan "mereka" yang pernah "merasainya.."..=)


"Assalamualaikum buat saudaraku yang disayangi dan dicintai…ketika ini  hanya perasaan dan hati yang mampu menghantarkan betapa gembiranya melihat antunna berada disini. Kerana, suatu masa dahulu…hati-hati ini pernah menempuhi saat sebagaimana antunna alami sekarang..sapaan cinta tarbiah pertama kali..
sungguh !! indah sungguh perasaan itu..


Kala itu, jiwa dan hati ini berperang meredam nafsu yang nan membuas akan nikmat dunia, membunuh kemahuan fana yang menggila, yang menjadikan hati-hati kami sakit dimamah penyakit hati lalu…ia merentap ketenangan, rasa kebahagiaan dihati.. yang mmebuatkan diri tersasar tidak tahu ke mana arah tuju, lupa tanggungjawab, lupa sbg khalifah , lupa sebagai hambaMU.…ya Allah…


tetapi, masih segar lagi rasa itu dihati…tatkala siramana salju pertama yang menyentuh nubari-nubari ini dengan santunan dari insan-insan yang tidak pernah jemu menebarkan cinta dan kasih MU…agar, hati-hati kami kembali mengenali Allah…pencipta kami..Kembali menunaikan janji cinta Kami padaMU..


ketika itu ya ALLAH…tiada lagi ungkapan kata-kata yang mampu menggambarkan betapa syukur padaMu ya Allah..kerana di antara makhlukMu..engkau telah memilih kami untuk berada di jalan Ini. Untuk menjadi junduMu..untuk sentiasa bergantung kepada mu..untuk berkasiuh kerana Mu…untuk berkorban hanya kerana mengharap pandangna Mu..untuk memberI kerana mengharap cintaMu…segala-galanya hanya untukMu…hanya untukMu ya..Allah..


Sungguh ya Allah..inilah nikmat yang terbesar yang Engkau anugerahkan kami…
Ya Allah..sesungguhnya jalan ini juga tidak pernah sunyi dari mehnahnya…kerap juga kami terasa penat,terasa lelah..terasa letih..terasa bosan ,Terasa jenuh, terasa payah..dan kerap kali juga airmata ini menghiasi sepanjang perjalanan ini…


Tetapi Ya Allah ..alangkah kecilnya itu jika dibandingkan nikmat SyurgaMu..kecilnya ia juga dibandingkan jajnji kasih dan cintaMu kepada kami..lemahnya iman kami Ya Allah untuk membuktikan cinta kami padaMU…


Ya..Saat ini..hati-hati ini berjanji..hati-hati ini mahu snetiada tsabat untuk berada dijalanMU..tetap teguh meneggengam nafas agama ini, tetap melangkah walau harus bertatih sekalipun, walau dalam merangkak sekalipun...kerana satu sahaja ya Allah..kerana benih cinta yang telah ditanam di nubari kami padaMu suatu ketika dahulu..sebelum kami berada di sini lagi..sebelum kami bergelar diri kami hari ini…


Lalu ya Allah, hati-hati ini memohon kepadaMu..
kuatkanlah tekad kami, bantulah kami, pimpin dan didiklah kami dengan cinta dan kasihMu yang tidak pernah kering…agar akhirnya ya ALLAH


Biarlah amal kami yang sedikit ini menghantar kami menjadi antara golongan yang mendapat naungan MU di akhirat nanti..ameen ya ALLAH..



Tuesday, June 8, 2010

Saudaraku bersabarlah..

Saudaraku..
ketika masyarakat dunia kini membuka mata
mereka berkata perjuangan sedang bermula
sedang kalian telah lama memulakannya..


saat mereka berhempas pulas menggadai masa
memerah tenaga
kalian sudah lama kehilangan harta
bahkan jiwa dan saudara
yang tersisa adalah iman yang menggunung di dada
semata-mata mempertahankan aqidah agama


dunia kini menyaksikan
setiap lapisan cuba memperjuangkan
hak Islam dan kemanusiaan yang setelah sekian lama dipinggirkan
biar musuh agama tidak pernah merelakan
Kuasa tuhan dan ketentuanNya tiada siapa yang dapat melawan


Sungguh, saudara seaqidahmu tidak pernah merelakan
setiap inci bumi Masjidil Aqsa terus diinjak oleh zionist laknatullah!!
Tunggulah..tentera Allah akan datang!!


Saudaraku..
yakinlah pertolongan Allah sentiasa bersama
kerana kalian adalah insan-insan pilihanNya
untuk menjaga dan mempertahankan Masjidil Aqsa
semoga kemenangan atau syurga sebagai jawapannya

Buat saudara-saudaraku....
teruskan berdoa..teruskan boikot!!
perjuangan tidak beerti apa-apa tanpa pengorbanan...boikot MC Donald, Loreal, Coca-Cola...boikot barangan Amerika!!