Mungkin mengambil jarak yang agak lama untuk menulis sesuatu diruangan ini. Ya, memang begitulah hidup ini..selagi jantung masih berdegup, selagi nafas boleh dihembus, selagi nikmat Allah masih dirasai selagi itulah kerja dan tanggungjawab tidak pernah selesai. Terkadang, kita berjaya dalam melaksanakan perancangan hidup, namun ada juga masa dan ketikanya kita gagal walau usaha dan komitmen adalah sama..itulah tarbiah dari Allah. Setiap langkah hidup kita tidak akan sunyi dari pertolongan Allah. Tidak berjaya bukan bermakna Allah memalingkan cintaNya dari kita, tetapi itulah yang terbaik yang Allah mahu ajar pada kita sebagai hambaNya yang tidak ada apa-apa ini…
Dalam jangka masa yang masih tersisa ini, seringkali sebagai insan kita lupa untuk melihat apa yang kita perkatakan. Ya, Apa yang kita ucapkan dari lidah yang tidak bertulang ini… lalu ditanya, kenapa perlu melihat dan memikirkan apa yang kita ucapkan? Ada apa pada nilai sebuah percakapan?
Buat diri dan juga sahabat sekalian…nilainya tersangat BESAR! Jika tidak masakan Rasulullah suruh menjaga lidah untuk selamat dari jurang api neraka..Apa yang kita pertuturkan ada kaitannya dengan “diri kita”, ada kaitannya dengan “akidah kita “, ada kaitanya dengan“keimanan kita”, ada kaitannya dengan apa yang kita obsesikan dalam hidup ini. Tidak percaya?
Mari kita telusuri kisah suatu masa dahulu…(kisah BENAR ya, bukan REKAAN)
Pada sebelum zaman pemerintahan khalifah Umar Abd Aziz, percakapan masyarakatnya tidak pernah keluar dari cita-cita dunia, dimana-mana pun mereka berada di pasar, dirumah, dll. Contohnya, “berapa rumah yang engkau nak bina?” “ kamu sudah ada istana atau belum” “ hari ini berapa engkau untung bisnis” dan dll.Namun, pada zaman Khalifah Umar Abd. Aziz, langsung percakapnnya berubah..mereka sibuk bercakap tentang keuntungan diakhirat, antara contoh percakapan mereka, “ hari ini engkau sudah hafal banyak mana AL-Quraan? “ “ bagaimana tahajud malam tadi?” dan sebagainya..
Lalu, kita tanya lagi..apa yang tidak kena dengan percakapan pertama. Ia masih lagi tergolong dalam percakapan yang masih dibolehkan dalam islam, masih lagi bukan percakapan yang haram..tetapi, cuba kita amati sama-sama dari sisi lainnya, dari sudut tarbawinya, bukankah disitu ada perubahan makna dan isi sebuah percakapan? Bahkan ia terfokus apakah yang di fikirkan dan apakah yang menjadi matlamat orang yang bercakap tersebut..bukankah begitu?
Lalu, masih lagi ada yang bertanya apa erti pada sebuah percakapan?
Dulu, waktu islam masih lagi menguasai sepanyol…beberapa orang perisikan dari barat datang menyiasat keadaan kehidupan umat islam. Suatu hari penyiasat itu telah menemui seorang budak yang sedang menangis..dia mendekati kanak-kanak itu, lalu ditanya kenapa menangis. Dia menangis kerana selalunya jika dia memanah, anak panahnya yang satu akan mengena kepada 2 ekor burung sekali gus, kali ini dia menangis kerana hanya seekor sahaja yang kena. Apabila perisik itu mendengar jawapan kanak-kanak itu, dia pulang ke barat dengan perasaan sedih. Agaknya kenapa ya? Kerana pada pandangannya, umat islam pada masa itu masih tertanam semangat “jihad fisabillah” buktinya, kanak-kanak itu cuba memahirkan dirinya memanah dengan baik. Jelas menunjukkan kedua ibubapanya masih bersemangat untuk berjihad dan secara tidak langsung telah mempengaruhi kanak-kanak tadi.
Selang masa berabad..sang perisik dari barat datang lagi ke Sepanyol. Dia dapati di pasar, di rumah dan di mana sahaja umat islam sibuk bercakap “sungguh cantik si fulanah, suaranya sangat merdu, dia memiliki rumah yang cantik designya, sangat luas dan menyenangkan..” dengan itu, sang perisik tadi pulang dengan gembiranya mengkhabarkan kepada permerintahnya, bahawa umat islam sesuai untuk diserang sekarang.. dan semenjak itu, kita mengetahui bahawa negeri itu bukan lagi milik umat Islam..
Dengan kisah tadi, sudahkah kita punyai jawapan..pada persoalan.. “apakah nilai pada sebuah percakapan?”
Ya, Setiap patah yang dilantunkan mencirikan siapa kita, iman kita, akidah kita..
p/s: Moga Allah menganugerahkan teman-teman yang mampu memimpin setiap percakapan kita kearah kebaikan, juga moga Allah berikan kita nur dan hidayahNya setiap saat untuk menuntun hati kita ini…
Tuesday, January 26, 2010
Friday, January 8, 2010
Lakaran jawapan buat Allah
Ya..dakwah itu wajib bagi yang mengucapkan kalimah "la ilaha Illallah, muhammad rasulullah.."
Alhamdulillah Allah memberi kesempatan pada diri untuk menghadirkan diri ke forum "rejunavasi dakwah"..
Ahli panelnya, Ustaz Nazri, Dr Suhazli dan Zaid Aktar juga moderatornya Ustaz Mad Ali..Jazakallah buat antum kerana berkongsi ilmu masing-masing dalam melaksanakan dakwah..
Rasa terharu dan tersentuh dengan pengembaraan Ustaz Nazri johari dalam melaksanakan dakwah.. Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk terus menjadi penolong agamaNya.. semoga keikhlasan sentiasa memberi nafas untuk terus berjuang...
Sesungguhnya mereka telah melakarkan sebuah jawapan untuk Allah...Namun,diri ini dan kita semua bagaimana? sudahkah ada jawapan apabila dihadapanNya nanti??
Thursday, November 19, 2009
Sampai bila??
Virus itu akan merosakkan setiap kehidupan pohon itu, bukan sekadar menjadikan pohon itu menghasilkan “mutant” pada kelahiran akan datang malah menjadikan pohon itu hilang peranannya sebagai pembekal oksigen utama di bumi ini.
Sehingga kini, laporan telah mencatatkan,berjuta-juta pohon sudah dijangkiti malah masih banyak lagi pepohon lain menjadi sasaran..
Terbaris gigi dengan senyuman kebanggaan di wajah “mereka”..kerana senjata “Virus” yang mereka cipta Berjaya membunuh ramai “umat Islam”. Menyerang dari yang kecil, yang baru lahir sehinggalah yang sudah bongkok tua.
Hari ini, masa dan saat menjadi saksi..betapa manusia telah menjadikan “hiburan” sebagai tujuan kehidupan ini..lalu meneguk “virus-hiburan”sebagai santapan utama..melupakan tujuan terbesar mereka diciptakan sebagai “hamba” dan “khalifah” di muka bumi ini. Lalu, lahirlah manusia yang “mutant” dari tujuan asal penciptaan mereka.
Virus yang berupa hiburan benar-benar berkesan.. setiap pelusuk dunia telah merasai kesannya..sehinggalah ke negeri ini, Malaysia..bermula dengan akedemi fantasia, bertambah lagi dengan Malaysian idol..
Hari ini..berpuluh-puluh rancangan reality tv di hidangkan pada masyarakat.. Gadis melayu, pengacara tv, totombak, lamour raya, geng starz, anak wayang…etc.
Masyarakat disogok akan hebatnya menjadi “glamour” sehingga sikecil yang baru mahu mengenali dunia turut “terbentuk” menjadi “mutant”..Tidak cukup dengan itu, pemuda-pemuda pewaris agama dan negara juga menerima serangan hebat..hatta yang mahu menutup pintu syaitan dengan perkahwinan juga menerima serangan virus ini..” gerbang cinta” antara rancangan reality tv terbaru yang menawarkan tajaan perkahwinan yang glamour buat pasangan yang paling romantic menayangkan gambar-gambar mereka sepanjang percintaan mereka dalam bloq milik mereka..nampaknya, sasaran untuk mengotori kesucian ikatan sebuah perkahwinan menurut islam berjaya “mereka” capai. Sang pemuda dan pemudi “menghalalkan” couple, dating, sentuh, pegang etc..demi merebut hadiah ini. Sehingga mereka lupa ayat Allah…” la taqrabu zinna..”(jangan mendekati zina)..seakan mengatakan boleh “segalanya” kerena mereka akan menjadi suami isteri..
“Mereka”kali ini bersorak dan bertepuk tangan…apa lagi rancangan “mereka”? agar umat islam terus luput dari bumi ini tercapai…
Dimana “Umar Al-Khattab” di zaman ini?Yang akan membebaskan segala kencaman ini dengan segenap kekuatan dan keberanian sehingga syaitan membongkokkan kepala kerana takut.. Dimanakah “salahuddin Al-Ayubi”?yang akan membebaskan bumi palestin yang sehingga kini masih ditawan, membebaskan umat-umat yang terus terjerumus dalam kejahilan. Dimanakah Hawariyyun yang mahu menolong agama Allah ini? di manakah pemuda-pemuda yang akan bangkit seperti Abu Ubaidah Al Jarrah dan Salim yang akan kembali menegakkan “diin” islam yang tercinta ini..
Sesungguhnya kejahilan hari ini lebih dahsyat dari kejahilan suatu ketika dahulu..Seolah-olah dunia hari ini tidak lagi selamat untuk didiami…
Subscribe to:
Posts (Atom)
