Monday, November 5, 2012

Saya Malu? (^^,)

 Malu sangat sinonim dengan perempuan.
Ya, perempuan melayu..kata orang, perempuan melayu memang malu..

Tapi.. Itu dulu..dulu-dulu

 Sekarang, kalau sesiapa yang malu-malu akan di golongkan sebagai seorang yang ortodok. Ketinggalan zaman mungkin.

                                                          shy shy cat

Ya dikata.. Kenapa mesti malu untuk bergaya, kenapa malu untuk memakai trend sekarang..kenapa mesti malu?
Mahu lakukan kebaikan pun ada juga..
Contoh: malu mahu pakai tudung takut dikatakan warak, malu mahu solat sunat lebih takut dikatakan alim. Malu mahu ke masjid takut dikatakan dah nak mati. Malu mahu dengar ceramah agama takut dikatakan mahu jadi ustaz ustazah. Tapi tak malu pula kalau nak menipu, tak malu pula untuk mencuri, tak malu pula songlap duit orang, tak malu pula pakai fesyen ntah apa-apa (fesyen stail rambut cacak/statelit/ Trojan), macam-macam lagi yang mereka tak malu..kononnya fesyen up to date.

See..

Kalau omputih, amoi, aci (non muslim) tak malu tidak mengapa. Sebab mereka bukannnya islam. Tapi, kalau orang islam tidak malu memang parah.
Memang serius.

Sebab apa.. Sebab Rasulullah kata : “alhaya u syukbatun minal iman” (malu adalah sebahagian dari iman). Bahkan dalam hadisth lain Rasullullah bersabda : “ tidak ada sesuatu pada malu melainkan kebaikan” bermaksud, tidak akan rugi sedikit pun mereka yang memiliki malu samada gifted sifat malu atau malu yang dimiliki dari hasil ma’rifatullah (memahami islam dengan baik).

Dalam hadith lain Rasulullah bersabda: “ silakan berbuat apa sahaja, jika sudah tidak malu”. Kerasa bunyikan kan? Semacam ancaman dari rasulullah pun ada. Macam ibu-ibu marah dekat anaknya.. kalau dilarang macam ni.. “jangan la panjat pokok tu nanti jatuh..” larang si ibu. Si anak macam disuruh-suruh, mesti nak panjat lagi. kan? Tapi, kalau si ibu kata..”ha..panjat la..panjat la..naik pokok tu..” confirm rasa lagi gerun nak panjat pokok tu.. begitulah balaqhah rasulullah.. kalau dah tak malu, buat lah apa sahaja.

Jadi..banyak perkara yang harus kita persoalkan pada diri kita. Pertama: masih ada lagikah malu dalam diri kita? Kedua: Kalau ada berada di taraf mana arasnya? Ketiga: jika tiada, bagaimana ingin meningkatkan malu..

Formulanya senang sahaja: tingkatka iman (makrifatullah)
Automatik, iman akan melahirkan perasaan malu.

Ulama’ ada berpendapat malu dan iman adalah seperti anak panah dan busurnya. Seandainya malu telah tercabut, makan imannya juga akan tercabut seperti anak panah yang tercabut dengan busurnya.



Tuesday, October 9, 2012

Selalu ku melihat dia dan ayahnya.
Hari-hari.
Dia baya anak buahku.
Ayahnya seperti baya abangku. Datang dan pulang dengan motor Honda 60an.
 Dia dengan setia membonceng dari belakang ayahnya.
 Kecik saja.
Pakai topi keledar kuning.
 Dia pegang kuat-kuat ayahnya.
Takut mungkin,apabila ayahnya memecut.
Ayahnya seorang peramah. Sentiasa senyum.
Jarang sekali tarik muka kalau dia keluar lambat. Suatu hari Ayahnya menghampiri kaunter.

 “bole saya tinggal pesan?” Tanya ayahnya. Ku menggangguk laju.
“ boleh. Ada apa yang saya boleh bantu?” jawabku gaya seperti “receptionist yang berjaya”

“boleh sampaikan pada A****?” Sambil menunjukkan sehelai kertas kecil yang comel.
Saya angguk lagi sambil senyum. Ayahnya berlalu.
Apabila saya lihat A**** berlari turun dari tangga. Saya panggiil dia. “ayah ada kirim sesuatu.”
                                                          haru

Saya menghulurkan kertas comel yang kecil itu pada dia.
Dia ambil tanpa sepatah kata. “buka la..teacher nak tengok” arah saya dengan sungguh-sungguh.
Mendesak mungkin. Hehe..
Dia senyum sipu-sipu seperti akur.
Perlahan-lahan dia buka. Jujurnya, bila saya baca satu ayat yang tertulis dikertas kecil itu..saya terharu..
Saya senyum dekat dia.. dia senyum kembali pada saya.. dan terus berlalu bersama kawan-kawannya yang haru biru bisingnya.

“A*****, jangan lupa buat yang ayah suruh ya!!” jerit saya dari bawah.
 Dia angguk sambil menoleh pergi.

Huhu..sweet sangat sebenarnya. Nak tahu apa yang ayah dia tulis?

 “A**** dah zikir tak hari ni?”

Hmm..sweet kan..

Semoga A**** menjadi anak soleh ..insyaAllah. (^_^)

Monday, October 1, 2012

Erti Pengorbanan 1433H

Cepatkan waktu berlalu..

Sudah setahun meninggalkan dunia kampus.
Sudah setahun juga makan gaji.

Dan kali ini..insyaAllah jika berkesempatan sekali lagi akan bertemu dengan Raya Aidiladha. Yang letaknya disitu kisah dan penghayatan sebuah pengorbanan...

dan pengorbanan ku?..