Sunday, December 5, 2010
Salam Ma'al Hijrah!
Salam Ma'al Hijrah 1432H
"Selamat jalan, selamat menjadi teguran sejarah atas segala kekurangan dan kami berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang telah menyebabkan malapetaka dan kesengsaraan terhadap hidup kami di dunia mahupun di akhirat."Apa yang menarik pada setiap diri kita ketika memasuki tahun baru adalah munculnya kesedaran baru dalam diri kita iaitu kesedaran akan beberapa perkara :
Kesedaran bahwa diakui atau tidak, kuota umur kita telah berkurang.
Pelaburan pahala kita untuk simpanan di akhirat masih sangat sedikit dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah yang setiap detik sentiasa mengalir tiada putus kepada kita.
Kita seharusnya merasa malu di mana kita yang mengaku sebagai hamba Allah tetapi dalam banyak perkara, orientasi kita ialah menggunakan segala nikmat-nikmat Allah namun lupa bersyukur kepadaNya.
Kita sering menjadikan diri kita sebagai hamba dunia dan bukan hamba Allah dalam ertikata yang sebenarnya.
Kita masih sahaja lebih sibuk membuat pelaburan untuk kepentingan dunia daripada pelaburan untuk akhirat.
KEUTAMAAN BULAN MUHARRAM
Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan yang dimuliakan oleh Allah swt sejak diciptakannya langit dan bumi iaitu Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab maka oleh sebab itu dilarang untuk berperang di dalamnya.
Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya jumlah bulan di dalam kitab Allah (Al Qur'an) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram" (QS At Taubah : 36)Pada bulan muharram ini kita disunnahkan untuk berpuasa dan itu merupakan puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan.
Rasululllah saw bersabda :
"Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam" (HR Muslim)
Selamat beribadat!
"Mencari redha Allah"
Thursday, December 2, 2010
Oncology posting part 2
Hari ni posting kat clinic oncology dan radiotherapy.. tidak banyak yang yang saya buat untuk skills nursing. memang kat clinic tidak banyak nursing procedure. Sempat duduk bilik tiga orang doctor, Doctor Azrif, Dr.Tan, Dr. Ebtisam..generally kami belajar bagaimana Dr counselling patient..dan selebihnya penat berdiri tepi Doctor..huhu
Most patient datang adalah untuk follow up treatment dan ada juga new case. Hari ni new case adalah 2 kes NPC (nasophryngeal carcinoma), dan dua-dua patient adalah 20an. Seorang 27 years old dan seorang lagi 24 tahun.(Cancer tak kira umur ya...)
sekali lagi saya dan Razida terlompong apabila mendengar kos perawatan untuk NPC boleh mencecah 25-35 ribu ringgit Malaysia. Nasib patient tu ada perlindungan insurance prudential..Patient lain mcmne?
tidak kurang juga saya dan Salwa amat terharu dan terkilan sebab tidak dapat menolong apa-apa patient yang tidak mempunyai wang dan perbelanjaan secukupnya untuk perawatan. Mereka merengek pada Dr untuk tulis surat untuk bantuan dari kerajaan. generally, banyak juga cerita-cerita sedih yang saya lihat..semuanya mengajar saya bersyukur atas apa yang saya miliki hari ini.. ada ketikanya, kita merasakan hidupkita sudah terlalu susah mungkin..tetapi ketahuilah, masih ada hamba Allah yang lebih hebat ujiannya dari kita.. bukankah apa yang kita miliki hari ini, semuanya adalah kerana simpati dan belas kasih cinta Allah? tidak ada satu pun miliki kita sepenuhnya...
Learn to be muslim nurse..
"Mencari Redha Allah.."

Wednesday, December 1, 2010
Oncology posting part 1
Satu benda yang sangat best posting oncology, hati ini benar-benar tersentuh…sewaktu kerja dalam ward onco benda ni tidak la perasan sangat, tetapi apabila sehari setengah kerja kat day care..satu kelainan amat di rasai.. terutama melihat melihat wajah-wajah mereka.. dari semuda 15 tahun ke yang berumur 70an ke atas..mereka adalah insan-insan yang terpilih oleh Allah..biarpun barah-barah dalam tubuh mereka menjalar laju, biarpun mereka harus memeranginya dengan kesakitan rawatan chemo, namun, senyuman tidak pernah lekang pada wajah meraka..saya cukup hairan.
Pada fikiran saya, orang yang mengidap cancer, akan mengalami perasaan sedih, murung,kerana merasakan prognosis untuk penyakit ini, amat sukar untuk pulih sepenuhnya..namun, biarpun begitu, apa yang saya lihat hari ini, berbeza sekali, mereka seakan tidak pernah putus asa meneruskan hidup. Tabah sungguh mereka..Huhu good motivation orang lain juga!
Prevalence cancer yang saya jumpe banyak kat ward adalah:
1. Lung cancer-memang sangat ramai. Tengok record kematian pun, kes ni paling banyak. Dan cancer jenis ni memang poor prognosis
2. Breast cancer- ni pun banyak juga. Patient paling muda yang saya pernah jumpe adalah 33 tahun..kesian dia, habis sume rambut gugur akibat kesan chemo..bila saya Tanya sakit tak chemo, dia kata..” sakit” sambil senyum. “bila ubat chemo masuk rasa seperti terbakar salur darah..” sambil menunjukkan disclouration vein yang dia alami. Tabahnya dia!!
3. Colon cancer- most patient yang ada cancer ni, akan buat stomy (tebuk peruk untuk keluarkan najis)..patient dalam bab bersihkan dan tukar sarung ostomy lagi expert dari nurse or trainee macam saya..yela..diaorng buat sendiri tiap-tiap hari, nak dibanding dengan kita orang yang mungkin jumpe sekali satu semester..hehe
4. Prostate cancer- yang ni saya tak jumpe kat ward. Kalo ada pon, saya tak jaga patient ni..tak berpeluang…so, tak tahu sangat real situation yang patient type ni alami.
5. Cervix cancer-yang type ni ada la juga. Patient akan buat biasanya brachytherapy..iaitu masukkan radioactive dalam servix untuk buat radiation dalaman. Saya sempat jaga patient type ni skejap masa dekat radio unit.
6. Osteosarcoma- 2 patient saya jumpe sepanjang posting. Dan dua-dua adalah remaja dibawah 18 tahun. Seorang 15 tahun, seorang lagi 17 tahun. Kesian sgt, dua-dua patient saya jumpe ni adalah melayu islam, dan dua-dua ni mengalami rambut gugur yang membuatkan mereka menjadi botak. Yang sedihnya adik yang umur 17 tahun tu, sepatutnya ambil SPM tahun ni..tetapi bila ditanya..”terpaksa tunda la..tadi tepon cikgu dia..kena tunda,dah keadaan dia macam ni..” cerita maknya..
7. Pancreas cancer- yang ni pun poor prognosis mcm lung cancer.. seorang patient saya jumped ah jadi ascites dah(perut jadi buncit dipenuhi cecair ) ..
Satu hal lain, kos perawatan cancer sangat tinggi. Satu rawatan boleh mencecah ribuan kerana ubatnya sangat mahal. Belum termasuk kos-kos sampinagn seperti transportation. Patient yang datang buat perawatan ni bukan hanya di sekitar KL sahaja malah datang dari pelbagai ceruk Malaysia. Kerana unit oncology hanya ada di hospital yang terpilih sahaja macam HUKM ni..
“uncle kenapa manyak lambat ini hari”
“woo bus tu.. manyak lambat la..”
“uncle datang dengan sapa”
“datang solang la..”
“uncle naik bus kol bp”
“itu 6.30 dari ipoh..”
Tabah tak uncle ni..? (sy angguk-angguk mcm spring- tabah dan gigih sgt!)
"Mencari Redha Allah"

Subscribe to:
Posts (Atom)