Tambahan kelab malam ETP rosakkan negara
Usaha kerajaan Malaysia melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai strategi meningkatkan pendapatkan negara adalah suatu usaha yang amat progresif.
Di samping itu, pertambahan peluang pekerjaan adalah antara kesan baik yang bakal dinikmati oleh rakyat apabila projek ini menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru menjelang tahun 2020.
Namun begitu, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) melahirkan rasa bimbang terhadap usaha transformasi ekonomi melalui industri pelancongan.
EPP Ke-8 dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Pelancongan menyasarkan penubuhan enam kelab malam baru yang bakal menampung 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012.
Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang tahun 2014, disasarkan sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan beroperasi di zon hiburan baru hasil daripada projek ini.
Meskipun RM0.7 billion pendapatan negara kasar akan diperoleh serta 5,600 peluang pekerjaan akan ditawarkan menjelang 2020, ia dilihat suatu yang bertentangan dengan cita-cita Wawasan 2020 yang ingin menjadikan Malaysia maju dengan gaya dan acuan tersendiri.
Sebagai sebuah negara Islam dan majoriti rakyat beragama Islam, usaha menambahkan lagi pusat-pusat hiburan ini tidak dilihat selari dengan amalan dan nilai budaya negara ini.
KARISMA menggesa agar kerajaan melihat dengan teliti kesan sosial yang akan berlaku apabila pusat-pusat hiburan sebegini ditambah. Dari sudut ekonomi ia mungkin menguntungkan negara, tetapi dari sudut sosial, tiada yang dapat menafikan bahawa kebejatan sosial juga pasti bertambah.
Suasana hiburan melampau hari ini dan kesannya pada masyarakat seharusnya sudah cukup membimbangkan kita semua apabila kes rempit, rogol, dadah, ragut, samun, perkosa dan lain-lain tidak menunjukkan penurunan.
Amat menghairankan apabila pemimpin negara hanya memandang proses transformasi ini dari sudut pendapatan negara sahaja walhal menutup sebelah mata terhadap kesan sampingan yang bakal terjadi.
Alasan menarik pelancong-pelancong asing melalui pembinaan kelab malam adalah suatu alasan yang tidak kukuh serta bakal merosakkan negara.
KARISMA mendesak agar kerajaan membuktikan sumbangan-sumbangan langsung kepada pembangunan negara yang diperolehi daripada pembukaan kelab-kelab malam selain daripada sudut ekonomi dan peluang pekerjaan.
Pelbagai industri yang bertentangan dengan nilai moral dan agama juga mendapat keuntungan hasil pembukaan hab hiburan dan kelab malam ini.
Antaranya industri arak dan pelacuran sehingga akhirnya membawa kesan jangka panjang yang lebih parah seperti perzinaan, pembuangan bayi, penggunaan dadah serta kerosakan akhlak lain.
Selama ini kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membendung budaya-budaya negatif ini, namun begitu ruang yang disediakan cukup luas untuk masalah ini berkembang.
Siapakah yang dapat menjamin bahawa pembukaan hab hiburan baru dan pertambahan kelab malam ini akan menjadikan rakyat Malaysia sebuah masyarakat lebih berakhlak mulia?
Adalah lebih baik sekiranya wang ringgit untuk zon hiburan dan kelab malam ini dilaburkan pada ruang yang lebih sihat seperti memajukan lokasi-lokasi yang melambangkan budaya negara Malaysia bersesuaian dengan tuntutan agama.
Nilai positif dan berakhlak harus diterapkan dalam memajukan sektor pelancongan negara Malaysia sesuai dengan budaya timur yang telah sekian lama diamalkan.
Pendekatan holistik dan bersepadu juga harus dilaksanakan oleh kerajaan dalam membina sebuah negara yang maju baik aspek material mahupun moral masyarakat.
Seharusnya pemimpin negara mengaplikasian ayat Al-Quran dalam Surah Saba' ayat ke-15 yang menyebut “Negara yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun”.
Kita mahukan negara yang baik di sisi Allah yang akhirnya memberikan keampunan buat rakyatnya. Hanya dengan keredhaan dari Tuhan sahaja akan menjadikan negara ini sentiasa sejahtera dan makmur.
Penulis adalah Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) 2010
Copy paste dari: malaysiakini
P/s: entahla..sebenarnya kerajaan mencari sebenar-benar penyelesaian kepada permasalahan atau sebaliknya..bukankah, aset negara yang terpenting adalah pemuda-pemuda dan remaja-remaja masa kini. Seandainya mereka rosak, siapakah yang akan memimpin negara di masa akan datang? mahu PM masa depan seorang drug addict? seorang kaki botol? seorang yang gemar clubbing?atau...bla..bla...atau kerajaan selesa dengan duit-duit kutipan/pendapatan negara di belanjakan untuk membina/membaiki proses pemulihan remaja yang sudah rosak?? wahai pemimpin-pemimpin..jika anda benar-benar islam..buktikan keislaman kalian..janganlah melakukan sesuatu yang boleh mengundang bala' Allah...wallahua'alam..
"Mencari Redha Allah"
Monday, November 22, 2010
Si dia yang tidak pernah lelah...aku?
Syaitan/ iblis..adalah antara makhluk Allah yang tidak pernah penat atau lelah bekerja untuk menyesatkan umat manusia ke jalan yang tidak diredhai Allah..yang akhirnya membawa ke nereka bersama mereka..mereka tidak pernah berhenti walau sesaat. semakin yang diserunya berpaling dari ajakannya, semakin mereka berusaha merancang dan mengembleng tenaga agar "subjek" nya tetap mengikuti ajakan mereka...
digunakan segala senjata yang mereka miliki ; ketakutan, pangkat, harta, nama, kesenangan, andaian, sangkaan, hasad, cinta..dan seangkatan dengannya..dengan tujuan manusia akan sesat..
perancangan mereka hebat..dikerah "mereka" yang sesuai dengan keadaan manusia agar objektif mereka tercapai..mereka yang mudah dipengaruhi..dengan mungkin "prebet", dan mereka yang tinggi imannya mungkin dengan "kepten"..malah senjata pun bersesuaian..
walaupun manusia mengetahui ancaman si syaitan dan iblis ini..malah diketahui juga senjata dan tipu daya atau helah yang digunakan si syaitan..namun, betapa ramai manusia kalah dan akhirnya mengikuti mereka..sungguh segala usaha mereka seakan benar-benar berjaya!
dan kita..keadaan kita...situasi kita.... bagaimana??!!
adakah kita antara mereka yang tertewas atau mereka yang menang dalam pertarungan?!
sungguh!! setiap kita pasti mengakui..bukan senang mahu mengatasi mereka kecuali dengan keimanan dan ketaqwaan...dan untuk miliki itu, perlukan sangat-sangat tarbiah yang berterusan dalam diri..
bukan itu sahaja..sebagai insan yang mengucap dua kalimah shahadah..bukankah kita juga miliki satu lagi haq yang besar yang perlu ditunaikan? ya... DAKWAH!!
Tentera syaitan tidak kenal putus asa mengajak manusia ke NEREKA...
Dan tentera Allah yang dijanjikan Allah dan Rasulnya akan SYURGA...Seharusnya..lagi-lagi bersemangat dan lebih hebat usahanya..kerana keimanan itu perlu pembuktian!
Wahai diri..lawanlah syaitan dalam diri..selagi tidak mampu berbuat begitu,usah bermimpi untuk membangunkan manusia yang terlena dari tidur yang panjang...kerana perjuangan yang tidak dibangunkan atas dasar keimanan akan terkulai sebelum mencapai apa-apa...
"Mencari Redha Allah.."

Monday, November 1, 2010
Monyet serang lagi!
“Mooooonyeeeeeeeettttt!!! Mooooonyeeeeeet!!!” Suara pekikan semakin jelas. Macam seperti kenal suara itu. Owh classmate rupenyer.. Satu block riuh dengan serangan monyet. Memang ni sebenarnya perkara biasa, always…always kena serang. Tidak kira masa. Cuma, pada waktu malam kes ni belum terjadi, tetapi, usah bersenang hati kerana tetap ada probability akan diserang lagi..
Bilik kami pun pernah kena serang, siap ambil satu plastik “oat” roommate lagi (sampai sekarang pun roommate masih trauma)..hurm.. kami pun sebenarnya dah cuba banyak kali halau monyet tu..konon-konon buat-buat berani..tetapi, last-last kita juga yang lari tak cukup tanah (Siap campak penyapu kat tangan lagi..)..memang monyet ni tak takut orang..
If so, apa nak dikata..memang namanya monyet.. marah pun tak guna, sakit hati pun bukannya dia tahu atau monyet-monyet ni kesah pun perasaan kitaorang..hehe.. Paaaliing penting bagi monyet-monyet ni ialah dapat “makanan”. Tetapi, kalau setakat mabil makanan je, tak la kisah sangat (walau sebenarnya kesah…sebab tak sempat makan dan kena ambik!-tak de rezeki)..tapi, yang paling menguji iman ialah…monyet-monyet ni sepahkan tong-tong sampah. Habis semua sampah yang kami buang berterabur..seakan block kami ni adalah pusat pembuangan sampah pula. Paling kesian bila sampah-sampah ni kena baju yang kitaorang sidai di ampaian..huhu….rasanya, kalau jadi kat semua pembaca…apakah perasaan pada waktu itu? (gembira? Bahagia? Sedih? Segan?...bla…bla…)
So, macam yang dikata..dah namanya monyet..
Dan yang paling best, yang jadi pemakmur keadaan (khalifah fil ardh) adalah tak lain dan tak bukan melainkan “makcik cleaner” yang sangat setia itu..setiap pagi dengan tekun membersihkan lantai, kutip kembali sampah-sampah yang monyet-monyet selerakkan. Lepas itu, yang paling syoook sekali dia sentiasa senyum manis menggula. (Saya tabik toin-toin kat makcik)
Sebenarnya, rasa malu juga pada diri sendiri, tak de sensitivity pun nak bersihkan sampah-sampah tu (ye..la… yang prominentnya bila sampah halang jalan)..malu juga pada mak cik tu sebab dah tua-tua macam ni pun, hal-hal macam ni nak kena ajar dan bagitau…
Dalam hal ni, takkan tetiba nak salahkan kat si monyet pula.. ye la..memang monyet-monyet tu salah..tetapi, sebagai khalifah fil ardh..menjadi tanggungjawab semua yang bergelar manusia untuk memakmurkan bumi..bukankah Allah pernah berfirman : “ Sesungguhnya, kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (At tin:5)
Jadi apa nak dikata?
Katalah.. “astaghfirullahal’azim”
p/s: Sebenarnya, banyak je kerjaya yang tak glamour tetapi, memiliki nilai yang besar di sisi Allah, dengan syarat…. ikhlas. So, sesiapa pun kita… “it’s all about for Him..”
“Mencari Redha Allah..”

Subscribe to:
Posts (Atom)