Sunday, August 1, 2010

Mahasiswa dibenarkan berpolitik?

NGO: Mahasiswa juga ada hak berpolitik, wajar pinda AUKU
Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 31 Julai — Pemimpin-pemimpin pelajar menyambut baik langkah Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu membawa usul membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik ke perhatian MT Umno tetapi menegaskan, sudah sampai masanya penuntut universiti dibenarkan aktif berpolitik atas alasan mereka juga ada hak mengundi.


Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) Abdullah Omar Muhd Fuad berkata, cadangan itu merupakan satu pembaharuan baik kepada mahasiswa tetapi pelajar tidak harus membawa agenda politik ketika sesi pembalajaran di kampus.


“Kita memang setuju dengan cadangan tersebut kerana tiada masalah kalau mahasiswa nak terlibat dalam politik kerana mereka juga adalah pengundi,” kata beliau.


Bagaimanapun kata beliau, sekiranya cadangan tersebut diterima, tidak boleh melabelkan mahasiswa sebagai prokerajaan atau pembangkang.


“Kalau kita buat bantahan kepada kerajaan tidak bermakna kita sokong pembangkang, jadi kita harap mahasiswa ini tidak dilabelkan sebegitu.


“Ini kerana kita tidak mahu mahasiswa dipandang rendah oleh masyarakat, kita bantah bukan suka-suka kerana ada sebabnya,” katanya.


Selain itu, beliau juga menyarankan agar diletakkan satu syarat khas supaya mahasiswa ini tidak mengabaikan pelajaran mereka.


“Kadang-kadang kalau terlalu asyik dengan politik mungkin mahasiswa akan lupa akan tanggungjawab sebenar mereka sebagai pelajar,” kata beliau.


Abdullah Omar mengulas cadangan Saifuddin untuk membawa usul membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik pada mesyuarat MT Umno akan datang.


Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata sudah tiba masanya AUKU dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.


Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula.


Dalam pada itu, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Hilman Idham berkata, mahasiswa merupakan bakal pemimpin masa hadapan jadi penglibatan golongan itu dalam politik amat penting bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber.


“Mahasiswa mempunyai idealisme dan pandangan masing-masing dalam politik, jadi penglibatan mereka amat penting bagi menyuarakan pandangan sebagai mahasiswa.


“Banyak pendedahan positif akan diterima mahasiswa sekiranya mereka terlibat dalam politik termasuk dari segi pengembangan pengalaman, membuat keputusan, mempraktikkan teori politik yang dipelajari dan sebagai.


“Sepatutnya sejak dari dulu mahasiswa ini dibenarkan terlibat sama dalam politik dan jangan sesekali melabelkan mahasiswa ini,” katanya.


Sehubungan itu Hilman berkata sekiranya cadangan itu diluluskan maka mahasiswa boleh memperluaskan pengalaman politik tanpa perlu bimbang akan dikenakan tindakan.


“Sekarang mana-mana mahasiswa yang terlibat dalam politik boleh dikenakan tindakan di bawah AUKU.


“Jadi saya percaya mahasiswa akan mendapat kebebasan yang sepatutnya sekiranya cadangan tersebut diluluskan nanti,” katanya.


Hilman kini berhadapan dengan tindakan disiplin kerana didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) AUKU kerana bersimpati dengan parti politik semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.


Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Mohd Idris Mohd Yusoff berpendapat cadangan tersebut sesuai kerana mahasiswa juga ada hak untuk berpolitik.


“Saya memang setuju dengan cadangan tersebut dan ia menunjukkan kerajaan mula bersikap terbuka dalam hal ini.


“Selama ini mahasiswa dikongkong kerana tidak dibenarkan terlibat dalam politik. Jadi sekiranya diluluskan, maka secara tidak langsung mahasiswa boleh mengetahui selok-belok politik,” katanya.


Beliau berkata penglibatan secara terus golongan mahasiswa dalam politik boleh memberikan pendedahan awal selain melahirkan lebih ramai pemimpin masa depan.


“Jadi mahasiswa ini boleh mempelajari politik secara praktikal apabila merasai sendiri pengalaman tersebut.


“Jika berbanding dengan sekarang mahasiswa hanya pelajari tentang teori sahaja, ia tidak boleh menerangkan maksud politik sebenar kepada mahasiswa,” tambahnya.


Sementara itu Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim berkata, penglibatan mahasiswa dalam politik sebenarnya tidak boleh dipisahkan kerana golongan itu adalah bakal pemimpin negara.


“Dengan penglibatan mahasiswa dalam politik mereka boleh melihat dan memahami sendiri apa yang dimaksudkan dengan politik secara lebih jelas lagi.


“Selain itu, saya melihat cadangan itu satu tindakan yang baik kerana ia boleh memberikan kesan positif kepada mahasiswa dan juga negara.


“Ini kerana kita mahu melahirkan ramai bakal pemimpin tapi selama ini mahasiswa disekat jadi saya melihat cadangan itu mampu melahirkan lebih ramai pemimpin yang bijak dna bagus,” katanya.


Bagaimanapun Jais berharap agar mahasiswa yang terlibat dalam politik dapat mengimbangi soal pelajaran dan politik.


Copyright © 2010 The Malaysian Insider

Saturday, July 24, 2010

"Time Robber" vs No Time Syndrome



Melangkah ke Final Year lagi-lagi banyak mengajar diri menghargai masa..Sepanjang minggu lepas, bertubi-tubi tanggungjawab diamanahkan..yang akhirnya menuntut sebuah pengorbanan.  Sungguh, mungkin memenatkan dan melelahkan tetapi..puas! merasakan hidup benar-benar bermakna dan beerti.

Weekend ni masih menunaikan tanggungjawab sebagai student "nurse wannabe" dengan menghadiri kelas Cik Wan. Dua hari berturut-turut dari 800am-400pm. Dia adalah seorang  senior nursing lecturer dari Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) Satu benda yang menarik perhatian saya, apabila  Cik Wan menyebut tentang  "Time Robber"-pencuri masa. Tazkirah ringkas darinya tentang pentingnya seorang pelajar mengenali apakah pencuri-pencuri masanya..agar "No Time Syndrome"-syndrome tak ada masa..untuk sesuatu yang utama tidak wujud. Katanya..students sering kali come out dengan alasan " No Time"..


Personally, saya cukup setuju dengannya..bagi saya, siapa pun kita..seorang pelajar ke, seorang anak ke, seorang kawan ke, seorang murobbi ke, seorang isteri ke, seorang blogger ke...pasti kita perlu menyedari betapa pentingnya menysun waktu dengan baik. Terlalu banyak perkara tergendala dan tidak selesai apabila pengurusan masa kita bermasalah dan sebaliknya, apabila pengurusan masa kita bagus..banyak urusan dan tanggungjwab kita tertunai.. Jelas kan betapa pentingnya "TIME MANAGEMENT" dalam kehidupan seharian.

Semua orang tidak dilahirkan dengan terus bagus pengurusan masanya..pastinya dia memerlukan pelatihan..ya, berlatih dan terus berlatih.. Dan waktu terbaik untuk berlatih adalah SEKARANG!
Mulakan dengan kenal pasti pencuri masa kita...contohnya, makan-makan dalam waktu yang lama, tidur melebihi waktu yang diperlukan, tengok movie, basuh baju dengan mengambil waktu yang lama, suka bersembang, suka window shopping, berjalan lambat etc...mungkin banyak lagi...Kemudian, senaraikan semua kerja yang harus dilakukan. Setiap kali selesai, padamkan atau gariskan list yang sudah selesai.. InsyaAllah, kita akan lebih fokus melakukan sesuatu.. dan "No Time Syndrome" untuk sesuatu yang utama tidak lagi wujud.. InsyaAllah..





"Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan menjadi individu yang berdisiplin..."

Saturday, July 17, 2010

Menghitung masa memasuki kepompong Madrasah Ramadhan


Seorang sahabat menggambarkan di sebuah tempat bagaimana penghuninya menyambut Ramadhan. Ketika sya’ban menjelma, masyarakat mula ramai menghampiri kedai-kedai buku. Mencari buku untuk menghidupkan ruh sebagai persiapan menanti Ramadhan. Kelebihan ramadhan, amalan-amalan fardu, amalan-amalan sunat di ulangkaji kembali. Tidak kurang dengan persiapan hati dan jiwa diperkukuhkan dengan memperbanyakkan berpuasa, tilawah al-Quraan, zikir-zikir dan solat-solat sunat..Sungguh indah bukan? Menanti Ramadhan laksana menanti suatu peristiwa besar..laksana suatu peluang yang dinanti-nantikan untuk menyucikan diri dan mengdekatkan diri kepada Si DIA..

Tetapi, suasana sebegitu jarang dilihat dalam masyarakat sekelilingku.. yang ku lihat ibu-ibu sibuk membeli kain-kain dan baju raya untuk ditempah. Yang ku lihat, insan-insan berkata “Puasa dah nak dekat, kena makan puas-puas”. Tidak kurang dengan iklan di televisyen yang menawarkan rancangan menarik-menarik untuk menyambut hari raya..masjid-masjid,surau-surau, madarsah-madrasah masih lagi sunyi dari kunjungan anak-anak muda. Yang menjadi pengunjung setia adalah mereka yang sudah mencecah usia golongan tua..
Walaupun begitu..sya’ban akan terus berlalu dan Ramadhan akan tetap kembali sebagaimana yang dikehendakiNya.
 Justeru,hanya tinggal kita..bermakna kah Ramadhan kali ini adalah hasil kerja hati, jiwa dan diri kita. Mampukah Ramadhan kali ini menjadi madrasah pendidikan jiwa kita adalah juga bergantung kepada diri kita.. seandaianya Ramadhan itu laksana kemompong buat kaum muslimin yang akan melatih, membersih jiwa-jiwa mereka..justeru apa yang diharapakan adalah..apabila berlalunya Ramadhan..diri kita akan keluar laksana rama-rama yang sungguh cantik dan gagah terbang melawan angin dunia yang melalaikan.. Juga harapannya…agar bekal pendidikan ruh dan jiwa yang sang rama-rama dapat di dalam kepompong Madrasah Ramadhan mampu menyiapkan ia tangguh untuk menghadapi hari-hari seterusnya..


Pada hakikatnya Ramadhan adalah madrasah. Jika orang-orang yangmasuk melaksanakan dengan baik adab-adab madrasah ini, niscaya mereka akan menjadi manusia baru yang tidak seperti sebelumnya.
(Syaikh Sa’id Hawa)


“Semoga Allah melunakkan hati ini untuk tangguh membuat persiapan menanti Sang Ramadhan..”