Alhamdulillah sudah masuk dua minggu adik-adik bercuti di kampung (bagi yang ambik semester). Tentu banyak hak-hak keluarga telah ditunaikan bukan? Bagi adik-adik yang sedang bertarung untuk menghadapi exam end blok dan Pro Exam, moga Allah permudahkan urusan antunna.. bukanlah segalanya disandarkan atas usaha kita semata-mata.. tetapi pertolongan Allah..
Rasulullah bersabda: Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin. Seluruh urusan atau keadaan mereka sentiasa mengandung kebaikan. Yang demikian tidak terjadi kecuali hanya pada orang mukmin. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur. Hal itu mereupakan suatu kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahan, ia bersabar. Itu juga merupakan kebaikan” (HR Muslim)
Indah bukan? Begitu mudah peluang kebaikan terbentang dihadapan kita. Cuma menanti bagaimana kita menyantuni setiap detik yang kita lalui selari dengan peranan kita sebagai seorang muslim.
Buat adik-adik, akak minta maaf kerana lambat update bloq ni..jazakillah asma’ kerana remind akak.Salah seorang dari antunna ada tanya akak, apakah sebenarnya konsep tawakal?
Menurut sebuah buku, ada dua kata yang akrab dengan kata Tawakal, iaitu kata ikhtiar dan kata tawakal. Ikhtiar adalah melakukan proses semaksimal mungkin dengan fisik atau raga, setelah proses tersebut dilakukan, kini giliran hati atau jiwa untuk bersikap pasrah secara penuh kepada ketentuan Allah swt.
Seorang yang kehilangan handphone, motor, kereta, atau apa-apa sahaja yang dimilki, jangan mengaku tawakal, kalau cara menyimpan barang-barang tersebut sebarangan. Seperti meletakkan handphone merata-rata, tidak kunci kereta ketika meninggalkannya dan sebagainya. Sebagaimana juga seseorang yang sakit, jangan terburu-buru mengatakan tawakal, sebelum ia melakukan usaha untuk berubat mencari kesembuhan.
Tawakal adalah sikap yang dipilih setelah seseorang melakukan usaha yang maksimal. Allah berfirman, “dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,niscaya akan dicukupkan keperluannya" (65:3)
Ayat lain “ apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah” (3:159)
Agar memiliki hati yang selalu berpasrah penuh kepada Allah SWT, disamping ada usaha dan perjuangan yang harus kita lakukan, kita juga hendaknya memohon pertolongan Allah, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah dalam berdoa..
Dari Abdullah bin Abbas ra, ia berkata, “ sesungguhnya Rasulullah saw bersabda ‘Allahumma laka aslamtu wa bika amantu wa ‘alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khashamtu, allahumma a’udzu bi ‘izzatika la ilaha illa anta an tudlillanii, antal hayyulladzi la yamut, wa jinnu wa insu yamutun’ (Ya Allah, hanya kepadaMu aku berseah diri hanya kepadaMu aku percaya sepenuh hati, hanya kepada Engkau lah aku bertawakal, dan hanya kepada kepada Engkaulah aku kembali, dan untukMu lah aku berjuang. Ya Allah aku berlindung dengan kemuliaanMu yang tiada Tuhan selain Engkau dan aku mohon supaya Engkau tidak menyesatkan diriku. Engkau adalah zat yang Maha Hidup yang tidak pernah mati sedangkan jin dan manusia mereka semua akan mati (HR Bukhari Muslim)
Semoga Allah permudahkan usaha adik-adik dalam membuat persediaan peperiksaan. InsyaAllah, sekiranya kita menunaikan hak Allah, Allah pasti akan menunaikan hak kita. Yakinlah, rezeki, Allah yang tetapkan..
Adik-adik yang dirindui, gunakan kesempatan masa cuti ini dengan sesuatu yang bermanfaat..gunakan waktu yang lapang itu untuk membina diri... kerana, fitnah masa akan datang pada bila-bila masa sahaja.
Jangan lupa yang paling penting jaga mutabaah ibadah..kerana ia adalah engine utama pembersih hati kita.
Dan tidaklah sesuatu dipandang oleh Allah melainkan hati kita..
Wallahua’lam.
“mencari Redha Allah”
Saturday, April 24, 2010
Friday, April 2, 2010
Kebahagiaan hari ini : Hasil doa orang lain?
Pernah tak dalam suatu masa kita merasakan bahawa hari itu kita cukup tenang, cukup senang walau pada hakikatnya pada hari itu terlalu banyak kesulitan dan halangan yang harus kita lalui. Terkadang kita merasakan mudah melalui sesuatu dan sekiranya difikir dengan akal kita ini, mustahil kita melaluinya dengan mudah jika bukan kerana pertolongan Dia..dan itu semua pernah kita ‘merasa’ kan?
Itulah hakikatnya sunnatullah hidup ini..apa yang kita miliki sekarang bukannya atas sekadar usaha kita semata..bukan sekadar jerih payah kita, bukan sekadar tangis sendu kita..tetapi, mungkin kerana doa-doa orang-orang yang menyayangi kita..betapa mungkin ada insan-insan yang telah menadah tangan kepadaNya memohon kebaikan untuk kita dengan linangan air mata. Dengan penuh rasa cinta. Kerana,kebahagiaan kita adalah kebahagiaannya juga, tangis kita, juga kesedihan buat mereka. Kerana keikhlasan cinta mereka itulah doa-doa yang di lantun padaNya itu diperkanankan Allah.. dan kita hari merasai kebahagiaan kehidupan ini hasil dari doa-doa mereka..Alhamdullillah..
Rasulullah pernah bersabda, doa yang didoakan oleh saudaranya tanpa diketahui orang itu adalah doa yang mustajab yang akan diterima oleh Allah. Betapa dalam kehidupan ini,kita sangat-sangat memerlukan doa orang lain buat diri kita. Untuk itu, belajarlah untuk mendoakan orang lain walau pun kita tidak diminta untuk melakukannya..kerana mungkin, saat kita mengharapkan pertolongan dan kemudahan akan ada insan yang mendoakan untuk kita..sebagai mana Allah berfirman “hal jaza ul ihsan na illal ihsan” (tidaklah dibalas sesuatu kebaikan melainkan dengan kebaikan)…bukan kah juga kita pernah mendengar saat kita mendoakan buat saudara kita, para malaikat juga mengamin untuk kita..subhanallah..
“Ya Allah permudahkan hati ini..untuk mencintai saudaraku melebihi cintaku pada diriku sendiri..”
Semoga Allah permudahkan dan perlembutkan hati ini untuk melakukan kebaikan.
“mencari redha Allah”
Monday, March 29, 2010
Kata-kata itu..memberi cinta
Setiap bait yang ditulis, dibaca dihayati..tanpa disedari manik putih airmata mengalir..Sungguh..kisah itu amat bermakna buat diri.. Ya Allah syukur kerana mengurniakan ku insan-insan ini.....
Pertemuan pertama antara kita menjadi pencetus yang mengubah hidup ini
Detik terindah yang terabadi sepanjang hayat..
Mencorak kehidupan..mengubah haluan hidup..
Mengubah cara berfikir..
Menghalusi setiap zikir..
Membawa mata hati kepada pandangan Ilahi…
Dari alpa kepada ‘jaga’
Dari hambar kepada cinta
Dari gelap kepada cahaya
Masih terngiang-ngiang nasihat lembut dari lidah Ibu...
Manfaatkahlah masa antum di kampus..
Binalah iman, perdalamkanlah lautan ilmu dan perbanyakkan amal sebelum ajal menjemput..
Keberkesanan dakwah letaknya di dalam hubungan kita dengan Allah..
Bangun malam, menangis di hadapannya..
Tangisan itu punya tenaga untuk menggerakkan segala anggota..
Ikhlaskan niat…
Agar apa yang kita lakukan adalah bukti kepada Allah, Rasul dan mukminun..
"WAHUWA YAHDISSABIL"…
Duhai insan terpilih...
Antunna adalah keluarga terbaik dalam hayat ini
Sungguh ana amat bersyukur kerana terpilih untuk berada bersama antunna
Dia telah mengikat hati kita dengan simpulan yang utuh
Berjuang bersama-sama dalam satu saff..
Jatuh dan bangun,saling menguatkan,saling mengingatkan.
Betapa inginnya diri ini agar antunna mengetahui..
Bahawa diri kalian..
Duhai Ibu,kakak-kakakku dan adik beradikku..lebih ana cintai dari diri sendiri...
Ana berbangga jika diri ini tertebus sebagai harga
Bagi tegaknya kejayaan dan terwujudnya cita-cita kita...
Tiada sesuatu yang membuat ana bersikap seperti ini...
Selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati ini...
Menguasai perasaan ini....
Memeras habis air mata ini...
Dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata ini...
Agar kita semua kekal dijalannya.. .
Agar kita semua
Tetap tegar walau diuji ujian yang getir.
Kadangkala diri ini tersungkur jatuh
Meraba-raba mencari kekuatan agar dapat bangun semula
Saat hati meruntun hiba
Atas kekalahan yang menimpa
Lantas tangan-tangan dari antunna datang menyambut
Dengan penuh rasa cinta dan keikhlasan di jiwa
Sehingga hati dan jiwa pecah berantakan
Merasa tulusnya tekad dan tawakkal kepadanya
Bersatu untuk tujuan yang Satu
Kerana telah jelas pada kalamNya
Hidup dan mati hanya untukNya..
Kepadamu Ya Robbi..
Ku bersyukur atas nikmat ukhuwwah ini
Mempertemukanku bersama insan-insan yang mencintai cahaya hidayahMu
Menghiasi kami dengan ukhuwwah yang sangat indah
Kasih yang tiada sempadan
Hinggakan kami tak mampu melupakan..
Tak mampu bertahan andai kehilangan…
Kerana ikatan bukan mainan…
Semoga kita terus thabat dalam perjuangan
Maha Suci Allah yang telah mempertemukan kita..
"ismuki manqusyun fi qolbi...
Wa du'ai yahfadzukum rabbi..."
Nukilan ini adalah ukiran hati salah satu insan dari antara insan-insan yang mewarnai perjalanan hidupku..
Syukur ya Allah..
Jazakillah kerana memberi cinta itu tanpa syarat..
"mencari redha Allah"
Subscribe to:
Posts (Atom)
