Saturday, September 29, 2012

Sampul Putih

Sampul putih di dalam kereta disangka kad jemputan majlis...



Hurm..
Selalu disangka begitu..

Wednesday, September 5, 2012

Bebaskan..

Bebaskan hatiku dari cengkaman duniawi..

wahai hati..
biarlah dunia hanya dalam gengaman tanganmu..bukan dihatimu..














penjara hati

Tidak Mudah Meniti

Tidak mudah meniti 
Melaluinya umpama gurun yang gersang 
Terdampar keseorangan 
Hendak diluahkan 
Sukar diertikan 
Harus menelan Walau sangat kepahitan 
Menyedarkan Bahawa iman itu perlu pembuktian 
Tidak cukup hanya patah kata sahaja
 Tapi perlu merasa
 Pahit suka duka 
Tiada ubat segala selain Dia 
Dikuatkan juga walau seperti kehilangan segala 
Walau rasa gelap di depan mata
Walau seperti tiada lagi peluang kedua 
Hanya kata.. 
Bersabar itu hujungnya sentiasa bahagia
 Juga janjiNya jua
 Sabar itu melayakkan sesiapa bersamaNya 
Itu sahaja kekuatan tersisa 
Yakin akan Dia.. 
Takkan sesekali Dia menoleh dari hamba yang hina
 Jauh sekali menzaliminya 
Bukankah kasih dan cintaNYA mengatasi segala 
Andai rasa ini dimengertikan.. 
Doakan..
 Agar sekelumit kekuatan menemani setiap saat kehidupan yang tersisa 
Yang hanya sementara sahaja 
Namun cukup teruji segala Nilai sebuah iman di dada

 (Sue: 5/9/2012) @ 11.50pm..