Banyak hal dalam hidup kita yang akan berubah dengan
berubahnya masa.
Terkadang perubahan itu menghenyak iman di dada.
Terkadang perubahan itu mengundang bahagia di jiwa.
Terkadang perubahan itu membuat kita menjadi selain biasa.
Terkadang perubahan itu menyisih banyak hal yang telah
menjadikan kita.
Namun, sebesar mana perubahan itu..
Jangan sesekali biarkan ia melenyapkan iman di dada
Jangan sesekali redha hilangnya amalan harian kita
Jangan sesekali melalaikan tarbiah jiwa
Jangan sesekali lupa bahawa
diri kita adalah hamba
Jangan sesekali membiarkan kita larut dalam nikmat yang
tiada penghujung
Jangan sesekali lupa kita ada Allah..
Kerana..
Saat telah hilang segalanya. Baru kita sedar bahawa tidak
mudah hidup ini untuk dibina kembali apa yang telah dibina dalam diri sebelum
ini. Saat iman menurun menjunam jangan sesekali biarkan ia menjunam jauh ke
dasar kerana untuk menariknya kembali butuh kekuatan yang tiada tara. Butuh
kesungguhan dan kecekalan yang luar biasa. Saat ia hilang ia seperti kita
hilang diri kita yang akan membuat kita kembali mencari makna yang telah dirasa
suatu ketika.
Ya benar. Dunia ini amat mengasyikkan.
yang sering
membuatkan kita lupa.
Yang sering mmebuatkan kita alpa.
Yang sering membuatkan kita lalai dari sentiasa
mengingatiNya.
Pun begitu. Setiasa ingatlah. Ia tidak kekal lama. Kita
milikNya. Dia akan kembali mengambil kita, saat itu kita bertanya. Dalam
keadaan apakah kita ingin menjadi tetamuNya? Rasa itu mungkin membuatkan kita
tersentak. Bahaawa bahagia dan nnikmat di dunia ini hanyalah mainan belaka.
Tidak kekal lama. Hanya menggunngu masa untuk kembali kepadaNya.
Justeru itu, ingatlah wahai diri. Saat diri telah memeluk
erat tarbiah dalam dirimu tetaplah memeluknya sehingga matamu terpejam rapat kembali
kepadaNya.
Biarpun sesibuk mana hidupmu.
Biarpun sedikit mana waktu yang kau miliki.
Biarpun apa pun keadaanmu sekalipun..
Jangan sesekali
Mohon jangan sesekali
Melalaikan mathsurat harianmu. Tilawah harianmu. Solat solat sunat. Zikir-zikir yang
dilazimi. Bacaan untuk hati dan akalmu, majlis ilmu , kerana setiap satunya
menjadikan dirimu yang bermakna. Tanpa semua itu, sungguh kau tak akan pernah
merasai makna dalam segenap kehidupanmu. Kerana selalu kita percaya bahawa
mulianya kita kerana kita hambaNya. Justeru, senadainya tiada rasa, tiada tanda
kita merasai kita adalah hamba bagaimana mampu
kita mengecap nikmat itu?
Cinta yang satu.
Suriana
2 zulhijjah 1437H@ 5. 45am.